web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2025 4:00PM

Hampir seluruh pelosok dunia turut menentang kekejaman Israel ke atas penduduk Gaza - Gambar Al Jazeera

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keberanian sukarelawan kemanusiaan Malaysia yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza menjadi simbol keteguhan solidariti negara dalam mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat di pentas antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tatkala kuasa besar dunia membisu dan menghukum mereka yang bersuara menentang kezaliman rejim Zionis, Malaysia tampil secara terbuka menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

"Apabila flotilla diserang Israel pada 2 Oktober lepas dan sukarelawan termasuk 23 anak Malaysia ditahan, kita bergerak pantas tanpa berlengah.

"Setiap saat dimanfaatkan untuk merangka strategi, menggerakkan saluran diplomatik dan memastikan keselamatan mereka menjadi keutamaan mutlak negara," kata Anwar dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata rundingan tertinggi dengan Turkiye, Mesir, Jordan dan Amerika Syarikat membuahkan hasil apabila kesemua wira kemanusiaan negara dibebaskan dengan selamat dan kembali ke tanah air pada 7 Oktober lepas, sekali gus menjadi berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan itu dengan penuh harapan.

"Keberanian mereka membelah lautan dan keteguhan jiwa memperjuangkan nasib saudara kita di Palestin, meskipun diperlakukan secara biadab dalam tahanan Israel, menjadi cerminan kekuatan solidariti Malaysia.

"Semoga keberanian ini terus menyala dan memandu kita untuk berdiri teguh bersama Gaza sehingga keadilan tertegak di bumi Palestin yang merdeka," katanya.

Misi GSF, yang disertai lebih 500 aktivis daripada 44 negara termasuk Malaysia, memulakan pelayaran ke Gaza sekitar akhir Ogos hingga awal September lepas sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel ke atas kawasan itu dengan membawa bekalan keperluan kepada penduduk yang terkesan.

Bagaimanapun, flotila bantuan itu dipintas tentera Israel di zon merah perairan Laut Mediterranean pada 2 Oktober dan kesemua sukarelawan dibawa secara paksa ke Pelabuhan Ashdod. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad