web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 5:19PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Suasana hiba menyelubungi dewan makan Hotel Tugra selepas semua peserta dinasihatkan untuk pulang ke negara masing-masing selepas Republik Guinea Bissau menarik semula kebenaran menggunakan bendera mereka di atas kapal utama Akdeniz (Mediterranean).

Perkara itu dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright dalam pertemuan bersama semua delegasi di Fatih, Istanbul pada petang Jumaat.

"Kami telah putuskan adalah terbaik untuk kami katakan, pendaftaran bendera baru ke atas kapal tidak akan dapat diperoleh dalam masa terdekat.

"Dukacita juga kami terpaksa meminta semua peserta pulang," katanya.

Pada Khamis, FFC dalam satu kenyataan menyatakan Israel memberi tekanan kepada Republik Guinea Bissau supaya menarik balik pendaftaran atau lesen daripada kapal utama itu.

Ini, menurut FFC, mencetuskan satu permintaan untuk pemeriksaan tambahan, ini dari negara kapal itu didaftarkan, yang menangguhkan pelayaran pada 26 April seperti yang dirancang.

Penundaan kali ketiga ini memberi kesan yang cukup mendalam dengan suara tangisan memecah keheningan di dewan makan hotel.

Tindakan negara republik itu yang akur dengan kehendak Israel memberi implikasi yang cukup mendalam mengakibatkan kapal penumpang Akdeniz tidak boleh memulakan pelayaran kerana mengikut undang-undang, setiap kapal yang memasuki perairan antarabangsa perlu mengibarkan bendera negara kapal itu didaftarkan sepanjang pelayaran.

Kapal kargo yang membawa bantuan kemanusiaan mendesak ke Gaza dengan kapasiti 5,000 tan yang didaftarkan dengan negara yang sama juga menghadapi perkara sama dan terpaksa pulang semula ke pelabuhan di Turkiye.

Wright juga memaklumkan, semua delegasi yang terlibat akan dipanggil semula dan akan diletakkan dalam senarai nama utama untuk mengikuti pelayaran flotilla kali kedua nanti.

"Selepas sahaja kami uruskan semua perkara, persiapan pelabuhan dan pendaftaran bendera untuk kapal, anda semua akan menjadi senarai terawal dipanggil semula," tambahnya.

Ketika ini, 18 warga Malaysia menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha dalam sidang media sebelum ini berkata, 18 warga Malaysia itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu adalah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera BERNAMA TV, Mohammad Nulhakim Jailan.

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi 'Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024' itu.

Tarikh pelayaran asal pada 21 April. la kemudian ditunda dua kali kepada 24 April dan 26 April. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran