web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 4:50PM

Tomislav Steinbruckner. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner mengakui masalah kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama menjejaskan persiapan pasukannya menjelang perlawanan pertama Liga Super, Sabtu ini. 

Tiga pemain yang cedera ialah penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut dan Matthew Steenvoorden selain Akhyar Rashid yang masih trauma selepas terlibat insiden samun baru-baru ini.

Beliau berkata, bagaimanapun tonggak pertahanannya Azam Azmi yang berehat panjang akibat kecederaan ketika beraksi bersama Harimau Malaya Mac lepas, sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan selama beberapa hari. 

"Keseluruhannya saya berpuas hati dengan cara kami bekerja. Beberapa pemain terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan tetapi selebihnya telah bersiap sedia untuk perlawanan pertama.

“Steenvoorden tidak akan turun untuk sebulan, lvan juga untuk jangka masa panjang. Saya rasa kedua-dua tidak akan diturunkan untuk tiga pusingan.

"Bagi Akhyar, saya rasa beliau akan kembali selepas perlawanan pertama dengan Perak FC pada Sabtu. Beliau masih belum cergas dan mempunyai masalah pada kepala dan sedikit trauma akibat insiden malang itu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak di sini baru-baru ini.

TFC bakal berdepan skuad The Bos Gaurus pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Sabtu ini.

Steinbruckner berkata, beliau menjangkakan saingan sengit daripada skuad kendalian Yusri Che Lah yang dilihat jauh lebih baik berbanding musim lepas. 

Justeru, beliau meletakkan sandaran pada pemain import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade untuk mengetuai jentera serangan skuad Penyu.

"Saya menonton beberapa perlawanan persahabatan mereka (Perak FC). Mereka bermain lebih baik berbanding musim lepas. Jadi, saya menjangkakan perlawanan sukar Sabtu ini,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad