web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 2:09PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara hari ini bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.

Hakim Azura Alwi membenarkan pasport diserahkan kepada bekas perdana menteri itu menerusi peguamnya, selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan terhadap permohonan itu.

"Pasport akan diserahkan kepada wakil peguam, Tang Jia Yearn hari ini dan diserahkan kembali kepada mahkamah pada 28 Mei melalui beliau (Tang)," katanya.

Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memohon pasport diserahkan sementara kepada Muhyiddin hari ini, kerana anak guamnya akan bertolak ke Australia pada 12 Mei untuk melawat kakaknya berumur 82 tahun yang menghidap kanser.

"Pemohon (Muhyiddin) akan pulang ke Malaysia pada 25 Mei, oleh itu pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 28 Mei. Saya mohon pasport diserahkan kepada peguam yang mewakili pemohon iaitu Tang Jia Yearn dan beliau (Tang) juga yang akan memulangkannya semula kepada mahkamah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad pula berkata, pihaknya tidak membantah permohonan itu memandangkan alasan yang dikemukakan dalam afidavit adalah munasabah.

Pada prosiding sama Hisyam memohon prosiding kes menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapi Presiden BERSATU itu ditangguhkan, sementara menunggu permohonan semakan keputusan oleh panel hakim sebelum ini yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 9 Julai ini diputuskan.

"Pihak kami telah memfailkan permohonan penangguhan itu semalam dan memohon permohonan itu didengar terlebih dahulu," kata peguam itu.

Nor Asma berkata, pihaknya menerima notis permohonan itu menerusi e-mel semalam dan akan memfailkan afidavit bantahan terhadap permohonan berkenaan.

"Saya mohon permohonan untuk empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram untuk dibicarakan bersama didengar terlebih dahulu," katanya.

Azura kemudian menetapkan 13 Jun untuk pendengaran permohonan penangguhan itu.

Muhyiddin, 76, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan Presiden BERSATU, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik BERSATU di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Beliau juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lalu atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad