web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 9:36PM

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Status tanah milik keluarga pelakon Ammar Baharin di Semenyih yang dipindah milik kepada orang lain tanpa pengetahuan telah diratifikasi semula, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.

"Saya belum dapat laporan rasmi berhubung perkara itu tetapi berdasarkan maklumat yang saya dapat, tanah milik keluarga pelakon Ammar Baharin itu sudah diratifikasi kembali. 

"Saya tegaskan bahawa ini bukan kes pertama kali dan kebanyakan kes yang berlaku adalah disebabkan perekodan yang dibuat secara manual sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) di sini hari ini.

Ammar Baharin sebelum ini dilaporkan menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah.

Pelakon berkenaan turut mempersoalkan pihak yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkan cukai tanah dibayar oleh ibunya. 

Amirudin berkata, beliau yakin kes melibatkan keluarga pelakon terbabit dapat ditangani dengan baik dan pihaknya akan memaklumkan kepada Ammar Baharin berhubung status tanah itu yang telah diratifikasi kembali.

Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun beliau bergelar Exco hingga menjadi menteri besar, terdapat lebih lima kes yang serupa berlaku iaitu tanah yang sudah dimiliki secara sah, diberikan kepada orang lain.

Beliau berkata, disebabkan isu pertukaran hak milik tanah yang berlaku itu kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian yang besar.

"... tetapi dengan sistem pemilikan e-tanah yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang, kita percaya kes-kes seperti ini dapat dielakkan ataupun boleh ditangani di peringkat awal," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad