web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 8:33PM

Sivarraajh Chandran - Gambar TMI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Pengundi India tetap akan menyokong calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) Sabtu ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Sivarraajh Chandran berkata, beliau optimis komuniti itu akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi, meskipun ada kekecewaan terselit di hati masing-masing.

Menurut beliau, kekecewaan itu diyakini tidak membawa kepada perubahan undi seperti diramalkan beberapa pihak.

“Sepanjang saya turun padang beberapa kali ini, saya tak nampak sentimen pengundi India akan beralih menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Memang tidak dinafikan ada rasa tidak puas hati namun ia tidaklah begitu menebal hingga membuatkan mereka beralih sokongan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di KKB.

Sivarraajh menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan penolakan pengundi India di sini.

Isu ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan yang tidak sama rata disebut sebagai antara faktor penolakan tersebut.

Mereka juga dikatakan kecewa kerana banyak janji yang tidak dipenuhi oleh PH, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia diburukkan lagi dengan gesaan dibuat bekas pemimpin DAP, P. Ramasamy agar masyarakat India memboikot PRK KKB dengan menolak calon PH.

Pengundi India mewakili 15.8 peratus kerusi DUN KKB manakala 53.4 peratus adalah pengundi Melayu dan 30.5 peratus lagi terdiri daripada pengundi Cina.

Mengulas lanjut, Sivarraajh berkata, cabaran terbesar dihadapi PH ketjka ini adalah untuk memastikan pengundi Kuala Kubu Bharu keluar mengundi Sabtu ini.

“Cabaran jentera untuk pastikan pengundi keluar mengundi. Sebab kita tahu untuk PH mengekalkan kemenangannya bergantung kepada peratusan keluar mengundi.

“Ini memang cabaran setiap kali PRK. Di KKB kita lihat memang pengundi India deposit tetap untuk PH kalau kita tengok statistik undi dari pilihan raya lepas. Jadi pengundi India memang kena turun undi bagi memberi kemenangan kepada PH,” katanya.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu. - Getaran, 9 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

3

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad