web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamat Pulang Ke Alam Abadi, A. Halim

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana angin ahmar 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 5:11PM

Gambar - SENIMAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia seni tanah air mencatatkan satu lagi kisah duka hari ini, susulan pemergian artis veteran. A Halim.

Allahyarham A. Halim atau nama penuhnya Abdul Halim Mohammad Diah menghembuskam nafas terakhir pada jam 10.30 pagi tadi di Hospital Penawar, Pasir Gudang Johor.

Allahyarham berusia  76 tahun. 

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah berkata, A Halim meninggal dunia akibat angin ahmar yang dihidapinya sejak sekian lama.

“Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, A.Halim turut menyanyi bersama beberapa kugiran, antaranya Kumpulan De’ Fictions, Kumpulan The Wanderers dan Kumpulan The Wisma. 

“Beliau turut merakam beberapa buah album seperti Ablum Hitam Manis, Album Ep Gadis Buta, Album Salam Mesra Dari A.Halim dan banyak lagi,” katanya.

Hafiz memberitahu, penyanyi popular era 60-an itu amat terkenal dengan seleksi lagu seperti Doa Dan Harapan, Dendang Terakhir, Kawan Lama, Kan Hilang Nanti, Kisah Dan Tauladan, Ku Tetap Kasih, Cenderawasih, Budi Pekerti dan banyak lagi. 

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masai untuk urusan seterusnya. 

“Seniman sedang mendapatkan maklumat lanjut dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa. 

“Seniman amat berdukacita atas pemergian arwah ke negeri abadi namun kita reda atas kehendak ilahi. Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM