web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2026 6:24PM

M Nasir - Gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, komposer dan ikon muzik tanah air, Datuk M Nasir, mengambil tindakan undang-undang terhadap MyTeksi Sdn Bhd (Grab Malaysia) dengan tuntutan melebihi RM5 juta berhubung dakwaan penggunaan nama beliau tanpa kebenaran bagi tujuan promosi produk minuman.

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir atau nama penuhnya Mohd Nasir Mohamed bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd. MyTeksi Sdn Bhd dinamakan sebagai satu-satunya pihak defendan dalam kes berkenaan.

Berdasarkan dokumen saman, plaintif mendakwa syarikat terbabit menggunakan nama dan jenama “M. Nasir” dalam aktiviti pemasaran serta penjualan minuman yang dipromosikan sebagai “Kegemaran M. Nasir” menerusi platform milik defendan tanpa memperolehi kebenaran terlebih dahulu.

Sehubungan itu, plaintif memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan, termasuk wakil, ejen dan kakitangannya, daripada terus menggunakan atau mengeksploitasi nama M Nasir untuk sebarang tujuan komersial yang didakwa boleh mengelirukan orang ramai.

Selain itu, mereka turut memohon mahkamah mengarahkan defendan mengemukakan penyata keuntungan yang diperoleh daripada jualan minuman tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas perintah dikeluarkan.

Dalam tuntutan yang difailkan, M Nasir dan Luncai Emas turut menuntut ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah atau sebagai alternatif, penyerahan keuntungan hasil penjualan produk yang menggunakan nama beliau.

Tuntutan itu turut merangkumi ganti rugi am, faedah serta kos guaman.

Pada masa sama, plaintif menuntut ganti rugi teladan berjumlah RM3 juta dan ganti rugi teruk sebanyak RM2 juta berhubung dakwaan tindakan defendan yang didakwa menjejaskan hak serta kepentingan mereka. - Getaran, 12 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 3 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Sorotan

1

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

4

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

5

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13