web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 12:07PM

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dikatakan agak serius.

Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak, Gerawat Gala, keadaan Mutang tidak banyak berubah sejak dimasukkan ke IJN sekembalinya dari lawatan kerja di Azerbaijan pada 6 Mei lalu.

"Beliau masih dalam keadaan yang sama ketika dia dibawa pulang (ke Malaysia)," kata Gerawat ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Mutang adalah bekas ahli Parlimen Bukit Mas dan mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal pada Februari lalu.

Beliau dilaporkan jatuh sakit ketika berada di Azerbaijan ketika menghadiri lawatan kerja dan dimasukkan di hospital di negara berkenaan.

"Beliau terpaksa memendekkan lawatan dan masuk hospital di sana.

"Saya tidak tahu dia ada sakit jantung. Kami selalu bermain golf bersama-sama.

"Mari kita sama-sama terus mendoakan beliau," katanya.

Semalam, pejabatnya mengesahkan bahawa Mutang sedang dirawat di IJN dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai keadaan kesihatannya. - The Vibes, 8 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar