web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:08PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam kerana khuatir dengan keselamatan diri, pekerja atau premis mereka jika membuat aduan.

"Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatkan penguatkuasaan dan tangkapan kes penyeludupan diesel ini.

"Kes penyeludupan diesel yang berleluasa sebelum ini perlu dikekang, jadi kita perlu mendapatkan maklumat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) di sini, hari ini.

Armizan memohon semua pihak terlibat memberikan kerjasama kerana ketirisan subsidi diesel oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah sabotaj terhadap usaha kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat menerusi pemberian subsidi bahan api itu.

Pada Selasa lalu, media melaporkan Armizan sebagai berkata, terdapat pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket penyeludupan jika tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.

Hari ini, beliau mengesahkan ada pemilik stesen minyak membuat laporan mendakwa mereka diancam sindiket tersebut dengan mengugut mahu membakar atau merosakkan fasiliti di stesen minyak terlibat.

Selain KPDN, terdapat laporan dibuat kepada polis dan Armizan berkata, pihaknya sedang mengumpulkan laporan supaya siasatan serta tindakan dapat diambil terhadap pihak terlibat.

Dalam perkembangan lain, Armizan berkata, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menawarkan pengecualian fi bagi Perkhidmatan Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan untuk tempoh 24 April hingga 23 Mei ini.

Keputusan itu dibuat dengan tujuan menggalakkan lebih banyak pendaftaran cap dagangan, selain untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan melindungi hak harta intelek mereka.

"Langkah ini bersesuaian kepada mereka yang ingin membuat carian harta intelek kerana kebiasaannya fi yang dikenakan ialah RM250, tetapi dalam tempoh sebulan ini kita buka secara percuma bagi menggalakkan mereka mendaftarkan harta intelek masing-masing," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad