Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jika Faham Fatwa Ditetapkan Pulau Pinang, Laungan Azan Tidak Jadi Polemik

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jul 2023 9:00AM

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu membabitkan laungan azan di masjid kawasan Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang, tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pihak mematuhi ketetapan yang telah dibuat Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, orang ramai seharusnya tidak mudah terperangkap dengan sentimen agama dan perkauman sehingga mampu mengeruhkan keharmonian rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Menurut beliau, keamanan serta keharmonian perlu dipelihara dan diutamakan oleh semua pihak, berbanding memperoleh kepentingan pihak politik yang tidak berkesudahan. 

"Apa yang saya bimbang, ada pihak tertentu sengaja menimbulkan semula isu ini untuk meraih keuntungan politik murahan kerana isu azan di Pulau Pinang sering kali disensasikan sejak dahulu lagi. 

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pihak mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2010 lagi, iaitu melarang penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah. ," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Sehubungan itu, Wan Salim mengharapkan agar polemik itu tidak dipanjangkan dan dapat diselesaikan dengan baik secara tolak ansur, antara semua pihak terbabit.

Jelas beliau, orang ramai seharusnya meneliti secara terperinci terlebih dahulu dan menyedari kemungkinan ada kekhilafan yang berlaku, sehingga pembesar suara di luar digunakan untuk menunaikan solat. 

"Apa yang saya dimaklumkan, kejadian itu berlaku apabila pihak masjid telah terlupa menutup pembesar luar ketika mendirikan solat subuh dan semasa kuliah disampaikan selepas itu. 

"Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjadi lebih teruk. Saya difahamkan, polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu ini, biar polis jalankan siasatan," katanya. 

Terdahulu, satu laporan polis dibuat atas tindakan lelaki tidak dikenali yang meminta pengadu untuk memperlahankan bunyi azan di masjid di Sungai Puyu, Butterworth.

Lelaki terbabit mendakwa, laungan azan berkenaan terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad mengesahkan perkara itu dan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan, sehingga mencetuskan isu perkauman atau pun kegusaran awam.

Tegas beliau, tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada Mei lalu, isu berkaitan azan turut berlaku di Pulau Pinang apabila tular satu klip video di media sosial memaparkan sesi dialog antara Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kondominium di Tanjung Tokong dengan penduduk, berhubung isu semasa di kediaman tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila pihak JMB mengutarakan isu pembesar suara di surau kondominium berkenaan.

Surau itu dilarang menggunakan dua pembesar suara bersaiz besar di luar untuk melaungkan azan, sebaliknya diarahkan menggunakan pembesar suara bersaiz kecil yang terdapat di bahagian dalam. 

Perkara tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa penduduk kondominium, yang menyifatkan larangan itu sebagai mengganggu keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Bagaimanapun ia dianggap telah selesai apabila pihak JMB telah memohon maaf secara terbuka berhubung isu terbabit. - Getaran, 3 Julai 2023.

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Muhyiddin Pertahan Kenyataan 'Fatwa', Hanya Satu Kiasan

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Bandar Raya New York Benarkan Laungan Azan Setiap Jumaat, Ramadan

3

Budaya 8 bulan yang lalu

Kayuh Basikal Klasik Dihiasi Jalur Gemilang Bangkit Semangat Patriotik

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Perlahankan Laungan Azan

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Semasa 5 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan