web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 2:52PM

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Sim berkata, beliau telah menandatangani warta untuk mempercepatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan akta berkenaan yang tertangguh hampir dua tahun. 

"Maka dalam masa 100 hari (kemudi kementerian) saya telah tandatangan warta untuk kuat kuasa pindaan baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sedua bagi Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja di sini hari ini.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 telah diluluskan oleh Parlimen pada 16 Mac 2022.

Menurut Sim, penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 mewajibkan majikan menganalisis risiko di tempat kerja dan melantik penyelaras keselamatan kesihatan.

"Syarikat yang ada lima pekerja ke atas wajib lantik seorang penyelaras...penguatkuasaan akta ini amat dinantikan oleh sektor pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 

"Penyelaras adalah satu perkara baharu dan dengan adanya orang terlatih ini, maka kita harap persekitaran tempat kerja lebih selamat," katanya.

Sementara itu, Sim berkata, sebanyak 13,000 pekerja akan mengikuti program latihan Pertolongan Cemas Kesihatan Mental Pekerjaan di seluruh negara tahun ini.

Menurutnya, program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dengan 4,000 pekerja telah dilatih sejak ia dilancarkan pada Februari lepas.

"Kita harap usaha ini akan memperkasa lagi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja...masalah kesihatan mental juga antara fokus kita di kementerian," katanya.

Pada majlis hari ini, sebanyak 2,500 peserta terdiri daripada pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP)menyertai lafaz ikrar integriti sekali gus mencipta rekod sebagai "lkrar Integriti Terbesar oleh Pengamal OSH di Malaysia" dalam Malaysian Book of Records. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad