web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kayuh Basikal Klasik Dihiasi Jalur Gemilang Bangkit Semangat Patriotik

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 3:25PM

Penganjur Program Semarakkan Merdeka, Ahmad Fauzi Ismail (depan) bersama penduduk setempat mengayuh basikal klasik di sekitar kawasan sawah padi sempena Hari Kebangsaan ke-66 ketika tinjauan di Butterworth hari ini.- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan, sekumpulan penduduk mengayuh basikal klasik sejauh hampir 10 kilometer di sekitar Sungai Dua di sini.

Malah, kumpulan lebih 30 individu itu turut mengenakan busana Melayu lama dan basikal juga dihiasi dengan Jalur Gemilang seakan-akan mengimbau kenangan lepas.

Penganjur program Semarakkan Merdeka Ahmad Fauzi Ismail, 62, yang memiliki lebih 40 basikal klasik yang dibeli sejak 1990-an dan kesemuanya masih boleh ditunggang dengan baik berkata, beliau menganjurkan kayuhan itu untuk membangkitkan nostalgia kemerdekaan dan menyemarakkan semangat kenegaraan dalam kalangan orang ramai.

Katanya, mereka yang menyertai kayuhan itu terdiri daripada penduduk sekitar dan paling jauh dari Bayan Lepas serta Balik Pulau, dekat sini yang turut membawa basikal klasik mereka untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 tahun ini.

"Program kita anjurkan ini sebenarnya untuk bangkitkan rasa nostalgia kemerdekaan dalam kalangan orang ramai terutama anak-anak muda, sebab itu kita pilih untuk kayuh di kawasan-kawasan kampung dan taman untuk mereka (anak muda) lihat sendiri kibaran Jalur Gemilang supaya dapat semarakkan semangat patriotisme.

"Sebenarnya boleh dikatakan tiap-tiap tahun pada bulan Ogos, saya anjurkan program kayuhan dengan basikal klasik ini cuma kali ini sangat meriah kerana lebih 30 orang bersama-sama, malah ada dalam kalangan mereka berpakaian busana Melayu lama," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ahmad Fauzi Ismail (tiga, kiri) bersama penduduk setempat mengayuh basikal klasik di sekitar kawasan sawah padi sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 ketika tinjauan di Butterworth hari ini. gambar BERNAMA
Ahmad Fauzi Ismail (tiga, kiri) bersama penduduk setempat mengayuh basikal klasik di sekitar kawasan sawah padi sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 ketika tinjauan di Butterworth hari ini. gambar BERNAMA

Ahmad Fauzi yang juga bekas pekerja kilang itu berkata koleksi basikal klasiknya dikeluarkan pada 1940-an dan 1960-an yang kebanyakannya berjenama Hercules dan Raleigh buatan England, dan pada program itu beliau turut menyediakan kenderaan beroda dua itu kepada mereka yang ingin menyertai kayuhan tetapi tidak mempunyai basikal.

Seorang peserta Ahmad Hafizy Mohamad Idris, 33, dari Bayan Lepas berkata ini kali pertama beliau menyertai program sebegini dan membawa sendiri basikal klasiknya untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena Bulan Kebangsaan ini.

“Saya harap lebih ramai anak muda akan sertai program seperti ini pada masa hadapan. Mereka harus tahu dahulu ketika negara merdeka, basikal klasik ini antara kenderaan yang ramai orang guna untuk menyambut (kemerdekaaan)," katanya.

Sementara itu, Sarida Saidin, 46, berkata sebelum ini beliau aktif bersama komuniti Taman Ara Indah di sini menyertai perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, namun kali ini memilih kelainan dengan mengayuh basikal klasik beramai-ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...