web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2026 10:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat esok.

Majlis yang dijadual berlangsung pada jam 8 malam itu dijangka dihadiri Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Pengerusi PH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

PKR Batu Pahat menerusi satu hantaran di Facebook hari ini turut menjemput orang ramai menghadiri majlis pelancaran berkenaan sebagai tanda sokongan menjelang PRN Johor.

Menurut kenyataan itu, rakyat Johor sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan menentukan hala tuju negeri pada masa hadapan.

“Johor tidak takut berdepan pilihan raya. Johor tidak akan berdiam diri apabila masa depan negeri dipertaruhkan. Johor sudah bersedia untuk menentukan hala tuju negeri ini.

“Ayuh hadir beramai-ramai ke Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Johor dan tunjukkan bahawa rakyat Johor bersatu, bersemangat dan bersedia menghadapi PRN.

“Penuhkan dewan. Gegarkan Batu Pahat. Hantar mesej bahawa Orang Johor Sudah Bersedia!” katanya,

Pada Ahad lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa 1 Jun bagi memberi laluan kepada PRN selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian bagi PRN Johor. - Getaran, 5 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Ikrar Letak Jawatan Jadi Perhatian, Nga Kor Ming Tak Tergugat, Fokus Tugas Rasmi

2

Politik 1 minggu yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

4

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad