web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2026 4:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang usaha untuk menyingkirkan seorang pemerintah membawa implikasi serius terhadap kestabilan negara, institusi Raja Berperlembagaan serta ketenteraman awam.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius perkara tersebut dan telah menyampaikan kebimbangannya kepada pihak-pihak berkaitan.

“Jadi kita sebagai Kerajaan Persekutuan walaupun tidak terlibat secara langsung, harus memberikan nasihat terutamanya (mengenai) orang Melayu dan rakyat Malaysia, sistem Raja ini bukan saja namanya tetapi kemuliaannya dan beberapa kaedah serta peraturannya sebab itu bagi kita tetap pertahankan kedudukan dan kemuliaan dan kedaulatan Raja,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti Puchong, Putrajaya hari ini.

Tegas beliau, sebarang perkara berbangkit terhadap kedudukan seseorang pemerintah hendaklah dilakukan melalui saluran undang-undang dan perlembagaan yang sah.

"Kalau kita ikut sekarang susur galur setakat ini, kita tetap bekerja dan mengiktiraf kedudukan Yang Dipertuan Negeri Sembilan Tuanku Muhriz. 

“(Saya) Mohon supaya apa-apa pandangan yang lain dibuat mengikut jalur yang sah mengikut perlembagaan tanpa menimbulkan keresahan kepada rakyat," katanya.

Anwar berkata, institusi Raja-Raja Melayu bukan sekadar melibatkan gelaran semata-mata, tetapi turut merangkumi maruah, kedaulatan, peraturan serta tradisi yang perlu dipelihara.

“Kerajaan akan terus mempertahankan kedudukan, martabat dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Setakat ini, kerajaan terus mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi membuka laluan kepada pilihan raya mengejut merupakan kaedah terbaik untuk menyelesaikan ketidaktentuan perlembagaan dan politik yang sedang menyelubungi institusi diraja negeri itu.

“Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan serta kebimbangan berhubung proses yang sepatutnya mengawal selia institusi beraja. 

“Justeru, ia perlu diselesaikan melalui saluran perlembagaan yang sah dan bukannya menerusi pengisytiharan terbuka kepada umum,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 2 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran