web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2024 7:31PM

Muhammad Shah Firdaus - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Muhammad Shah Firdaus, 29, berkata kesediaan itu dapat dilihat ketika beliau menjadi ketua pasukan dalam beberapa kejohanan antarabangsa, seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"Saya sentiasa bersedia memikul tanggungjawab berkenaan, sejak saya sertai pasukan elit ini lagi. Saya juga sudah buktikan ketika mengetuai pasukan pada Sukan Komanwel dan Asia, kami mendapat keputusan baik.

"Jadi saya rasa tiada masalah, saya tahu lambat laun memang akan pikul tanggungjawab ini. Jadi saya harap generasi selepas saya juga perlu bersedia kerana mungkin akan tiba giliran mereka untuk memikul tanggungjawab," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Muhammad Shah Firdaus berkata The Pocket Rocketman itu akan terus menjadi mentor buat dirinya, bagi mempersiapkan diri memenuhi harapan menggunung rakyat Malaysia yang mahukan pingat emas Sukan Olimpik.

Atlet berasal dari Muar itu berkata walaupun Sukan Olimpik 2028 masih berbaki empat tahun, latihan dan persiapan untuk menghadapi temasya itu telah bermula lebih awal.

"Harapan (rakyat Malaysia) memang tinggi, Datuk (Azizulhasni) sudah letak sukan berbasikal ini pada tahap yang tinggi, jadi saya juga kena bersedia dari segi mental dan fizikal.

"Saya sendiri telah kembali berlatih sejak minggu lepas, beberapa minggu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir. Alhamdulillah kecederaan ketika temasya itu sudah semakin pulih," katanya.

Sementara itu, Muhammad Shah Firdaus turut berharap pihak berwajib akan meneruskan usaha mencungkil bakat baharu pelumba berbasikal trek untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa pada masa depan.

"Johor sudah mempunyai velodrom bertaraf antarabangsa, jadi saya harap fasiliti itu akan dimanfaatkan sebaiknya bagi melahirkan lebih ramai jaguh berbasikal trek negara," katanya.

Ahad lepas, media melaporkan Azizulhasni memberikan bayangan tidak akan menyertai Sukan Olimpik 2028 sebagai seorang atlet, sebaliknya sedia membantu pelumba muda negara.

Pada Sukan Olimpik Paris 2024, Muhammad Shah Firdaus disingkirkan pada pusingan final acara keirin lelaki meskipun menamatkan cabaran di kedudukan keempat dalam acara itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad