web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2026 6:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada 12 Jun ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan  Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya termasuk tarikh writ, hari penamaan calon dan hari pengundian.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan daftar pemilih yang bakal digunakan serta persiapan lain bagi memastikan proses pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar.

“SPR telah menerima secara rasmi pemakluman daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berhubung pembubaran DUN Johor ke-15 pada 2 Jun 2026 sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal 23(2), Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Berdasarkan Fasal 23(4), Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Khairul Shahril berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut, bagi mengumumkan keputusan yang dipersetujui.

Dalam kenyataan berasingan, beliau memaklumkan, permohonan undi pos bagi pengundi di dalam dan luar negara untuk PRN Johor ke-16 telah dibuka mulai hari ini di pautan https://myspr.spr.gov.my. 

Katanya, permohonan itu melibatkan semua kategori pengundi pos iaitu Kategori 1A (anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas pilihan raya, anggota dan pegawai SPR serta petugas media), Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (agensi atau organisasi).

“Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat secara dalam talian menerusi portal MySPR. Pengundi yang layak dan ingin mengundi secara pos perlu mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan.

“Tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori akan diumumkan kemudian. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-8892 7080 atau melalui e-mel di [email protected],” katanya.

PRN Johor ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Johor ke-15 pada 2 Jun lalu. - Getaran, 5 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad