web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2026 1:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas tujuh tahun mengadakan persembahan di Malaysia, penyanyi dan penulis lagu Jason Mraz bakal mengubat kerinduan peminat menerusi konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 31 Oktober  depan.

Lebih dua dekad selepas memulakan kerjayanya dalam industri muzik, karya-karya penyanyi berusia 49 tahun itu terus mendapat tempat dalam kalangan pendengar pelbagai generasi, sekali gus menjadikan beliau antara artis antarabangsa yang berjaya mengekalkan pengaruhnya dalam landskap muzik yang sentiasa berubah.

Lagu seperti "I'm Yours", "Lucky" dan "I Won't Give Up" yang dilancarkan pada 2008, 2009 dan 2012 kekal sebagai antara karya paling dikenali dalam katalog muzik pop akustik antarabangsa.

Zues Event selaku penganjur acara dalam kenyataan memaklumkan konsert itu bakal membawa aura positif dan santai buat peminat yang menantikan kedatangan semula penyanyi berkenaan.

Pengarah Zues Event Jeffery Chin berkata kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia yang menghiburkan.

"Ramai rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu Jason Mraz dan muziknya masih relevan hingga hari ini kerana membawa mesej positif, emosi dan keaslian," katanya dalam kenyataan itu.

Penerima dua Anugerah Grammy itu memulakan kerjayanya sebagai penghibur jalanan dan penyanyi di kafe sebelum mendapat kontrak rakaman yang membuka laluan kepada kerjaya muzıknya, dan setakat ini menghasilkan sembilan album studio, termasuk album bertaraf platinum dan multiplatinum.

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel