web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2026 1:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kediaman rasmi Tunku Besar Tampin kecoh pagi ini, apabila beberapa pemimpin adat Negeri Sembilan dan kenamaan yang tiba bagi menghadiri sidang khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) berkaitan pengisytiharan Yang di-Pertuan Besar baharu, dihalang daripada memasuki kawasan tersebut oleh pihak polis.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di pintu masuk utama kediaman itu mencetuskan ketegangan, memandangkan majlis berkenaan melibatkan struktur kepimpinan adat negeri yang mempunyai peranan penting dalam sistem pemerintahan tradisional Negeri Sembilan.

Antara yang dilarang masuk ialah Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mad Rashad; Undang Luak Rembau, Datuk Abd Rahim Yassin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Utama Badarudin Abdul Khalid.

Kesemua mereka dilaporkan tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman selepas pintu pagar utama dikunci pihak berkuasa.

Turut berada di lokasi ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, serta wakil media yang juga tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan.

Memetik laporan BH, keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka yang mempersoalkan sekatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman memaklumkan, tindakan tersebut dilakukan atas arahan yang diterima pihak polis.

Bagaimanapun, keadaan kembali reda tidak lama kemudian apabila Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri, hadir sendiri ke pintu pagar dan mengarahkan ia dibuka, sekali gus membolehkan tetamu jemputan memasuki kawasan kediaman tersebut.

Susulan campur tangan itu, para pemimpin adat serta kenamaan lain termasuk Rais akhirnya dibenarkan masuk dan majlis berlangsung seperti dirancang.

Difahamkan, perhimpunan tersebut diadakan bersempena sidang DKU berkaitan proses pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu, satu perkara yang berkait rapat dengan sistem pemerintahan berteraskan Adat Perpatih di negeri berkenaan.

Berdasarkan maklumat daripada individu yang hadir, mesyuarat DKU berlangsung mengikut jadual bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 50 minit kemudian, dipengerusikan oleh Undang Luak Jelebu.

Insiden sekatan di pintu masuk itu mencuri perhatian ramai dan menimbulkan persoalan dalam kalangan hadirin mengenai aspek protokol serta akses ke kediaman rasmi berkenaan, ketika berlangsungnya acara yang mempunyai kepentingan dari sudut perlembagaan dan adat.

Mengulas kejadian itu, Rais  menyifatkannya sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa ketika mengendalikan situasi tersebut.

“Tunku Besar Tampin tidak dibenarkan mengadakan majlis di kediaman rasminya sendiri.

“Apakah kesalahan yang dilakukan oleh beliau atau pemimpin-pemimpin adat yang lain?” katanya.

Beliau mendakwa, pemimpin adat tidak menerima sebarang makluman awal berhubung sekatan kemasukan yang dikenakan di lokasi berkenaan.

“Pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur perlu memahami kedudukan pemerintah adat dan tidak menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang remeh,” katanya.

Rais turut membangkitkan dakwaan berhubung beberapa ketidakaturan prosedur berkaitan perkembangan mutakhir proses peralihan kepimpinan negeri, termasuk dakwaan bahawa rundingan sewajarnya dengan pemerintah adat tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

Menurut beliau, perkara itu akan dibawa kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk penelitian lanjut, berdasarkan peruntukan yang termaktub dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta perlembagaan negeri.

Insiden tersebut dilihat menambah lagi kerumitan terhadap isu-isu sensitif melibatkan struktur kepimpinan tradisional Negeri Sembilan, yang menyaksikan sistem raja berperlembagaan dan amalan Adat Perpatih saling berkait dalam proses pemilihan serta pemasyhuran pemerintah negeri. - Getaran, 5 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 2 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad