web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 5:27PM

Kelayakan akademik Khairul Azahari (gambar) menjadi bualan apabila ia dilihat ‘meragukan’

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menimbangkan kemungkinan untuk mengadakan tapisan ke atas kelayakan akademik mana-mana calon.

Aktivis politik, Liyana Marzuki berkata, langkah itu diyakini boleh mengelakkan penipuan kelayakan akademik, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurut beliau, peredaran zaman memerlukan mana-mana pekerja memiliki kelulusan sekurang-kurangnya PT3 yang tulen jika mahu menyertai sektor perkilangan.

“Siapa-siapa yang jadi calon, janganlah scam kelayakan. Nak kerja kilang pun kurang-kurang kena ada sijil PT3 yang tulen sekarang.

“Takkanlah nak jadi Wakil Rakyat, kita main lepas saja orang sembarang,” katanya.

Liyana Marzuki - gambar fail
Liyana Marzuki - gambar fail

Liyana menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kelayakan akademik dimiliki calon Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB), Khairul Azahari Saut.

Dalam poster kempen yang diedar, beliau dilihat menyenaraikan Diploma Eksekutif Pengurusan yang diperoleh dari Universiti Malaya pada 2019.

Khairul Azahari juga dicatatkan sebagai pemegang Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang yang diperoleh pada 2021.

Jelas Liyana, ijazah Sarjana (Master) dimiliki itu tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Master ini seperti sijil mengiktiraf pengalaman yang ada. Namun tidak boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran dalam trek biasa,” katanya.

Tegas beliau, pengundi harus cakna dan bertanya jika melihat ada yang pelik pada butiran peribadi calonz

“Seperti dalam kes ini, kita heran kenapa dia boleh dapat Master sebegitu mudah bila orang lain punya teruk lanjutkan pelajaran. Jawapannya, kerana ni sijil Master yang tidak setaraf dengan Master di luar sana. Tiada pengiktirafan MQA jua. 

“Maknanya, boleh lah pengundi faham kelayakan sebenar seorang calon itu. Tidak adalah misrepresentation atau salah anggapan,” katanya. - Getaran, 28 April 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad