web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 10:56AM

Abdul Rahim Bidin, 67, sanggup memandu sejauh 200 kilometer dari Kuala Kangsar untuk balik mengundi pada PRK Kuala Kubu Bharu hari ini. – Gambar oleh Diyana Nawwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR -  Pengundi luar dan pengundi muda Kuala Kubu Bharu menunjukkan perkembangan positif apabila keluar mengundi seawal jam lapan pagi bagi memilih calon pilihan mereka hari ini.

Warga emas, Abdul Rahim Bidin, 67 misalnya sanggup memandu hampir 200 kilometer selama empat jam dari Kuala Kangsar semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

“Saya memang asal orang Kuala Kubu Bharu tapi tinggal di Kuala Kangsar.

“Macam tadi saya gerak dari Kuala Kangsar sebelum subuh, perjalanan untuk datang sini dalam empat jam,” katanya ketika ditemui media.

Abdul Rahim hadir bersama isterinya seawal jam lapan pagi untuk  membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming.

Katanya, biarpun berstatus pengundi luar dan menetap di Kuala Kangsar selama 10 tahun namun dia tidak akan pernah melupakan tanggungjawab untuk balik mengundi di Kuala Kubu Bharu.

“Memang kewajipan setiap kali pilihan raya, saya dan isteri akan ulang alik mengundi di sini dari Kuala Kangsar. Saya tak pernah tidak turun mengundi,” katanya.

Pengundi muda, Yap Yu Heng, 19 tahun pula melahirkan rasa teruja apabila dapat mengundi buat pertama kali.

Pelajar tingkatan enam itu berkata dia begitu bersemangat dan sanggup bangun awal pagi untuk mengundi pada hari ini.

“Saya beratur sejak jam 7.30 pagi tadi untuk tunggu pusat pengundian dibuka.

“Saya juga harap pengundi dan mereka yang sebaya dengan saya keluar awal undi, jangan tidur. Kalau keluar lewat takut petang hujan ke apa, nanti terlepas (peluang) undi,rugi,” katanya, penuh bersemangat.

Yap Yu Heng, 19, teruja dapat mengundi buat pertama kali. – Gambar oleh Diyana Nawwar
Yap Yu Heng, 19, teruja dapat mengundi buat pertama kali. – Gambar oleh Diyana Nawwar

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran bagi PRK KKB dibuka serentak bermula jam 8 pagi tadi.

Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka sehingga jam 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang akan ditutup pada jam 2 petang kerana hanya memiliki 40 pengundi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu mempunyai 40,226 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu, 39,362 ialah pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi yang tidak hadir kerana berada di luar negara.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - Getaran, 11 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 2 tahun yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kembar Teruja Dapat Mengundi, Tak Sangka Calon PH Juga Ada Pasangan Kembar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad