web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2024 9:55AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib juara Piala Malaysia 2023 Terengganu FC (TFC) memulakan kempen Liga Super 2024/2025 dengan langkah kanan selepas menjinakkan Perak FC 3-1 pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.

Skuad Penyu bimbingan Tomislav Steinbruckner bermula cemerlang apabila mendahului 1-0 seawal minit keenam hasil rembatan pemain tengah dari Uzbekistan Nurillo Tukhtasinovderas dari luar kotak penalti, sebelum Perak bangkit memberikan saingan hebat.

Usaha pasukan pelawat memburu gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil dalam separuh masa kedua apabila kapten Luciano Guaycochea tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-61 selepas pemain tengah kebangsaan Filipina Manuel Ott menjatuhkan Lee Tae Min.

Namun, kegembiraan skuad kendalian Yusri Che Lah itu tidak bertahan lama apabila pemain pertahanannya Shivan Pillay menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66 sebelum penyerang gantian dari Nigeria Nnabuike Chukwu melengkapkan kejayaan Terengganu dengan gol ketiga pada minit ke- 81.

Sementara itu, Sri Pahang FC terpaksa bekerja keras sebelum berjaya meraih tiga mata berharga dengan menundukkan Kelantan Darul Naim FC 1-0 pada pertembungan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh yang menjadi venue rasmi skuad Tok Gajah musim ini.

Pasukan pelawat kendalian Park Jae Hong terlebih dahulu mengancam gawang Sri Pahang menerusi percubaan Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin pada minit ke-11, namun rembatan derasnya hanya meluru tepat ke arah penjaga gol Mohd Zarif Irfan Hashimuddin.

Menghampiri rehat, penyerang import dari Argentina Manuel Hidalgo terlepas peluang untuk meletakkan pasukan tuan rumah di depan selepas sepakan lambungnya pada minit ke-40 dari jarak dekat diselamatkan penjaga gol Khatul Anuar Md Jalil.

Bagaimanapun, Hidalgo berjaya menebus kekecewaan itu apabila mencipta jaringan cantik menerusi sepakan percuma dari jarak dekat pada minit ke-63 yang akhirnya menjadi gol kemenangan pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu.

Terdahulu, penyerang pinjaman Muhammad Syafiq Ahmad muncul penjaring sulung Liga Super dan meledak gol terpantas setakat ini selepas membantu Kedah Darul Aman FC menewaskan juara MFL Challenge Cup 2023 PDRM FC 1-0 pada aksi sebelah petang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Bekas penyerang skuad Harimau Malaya yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu meledak gol selepas 33 saat perlawanan bermula sebelum hujan lebat yang turun hampir sepanjang aksi menjejaskan mutu permainan kedua-dua pasukan.

Kemenangan di gelanggang lawan itu penting buat skuad Sang Kenari bimbingan Mohd Nafuzi Zain apabila terpaksa memulakan musim baharu dengan defisit tiga mata selepas dihukum Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan isu kelewatan pembayaran tunggakan gaji musim lepas.

Ketiga-tiga perlawanan hari ini menyaksikan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) membuat debut dalam kancah Liga-M selepas dijadual digunakan pada perlawanan Sumbangsih antara JDT dan Selangor yang sepatutnya berlangsung kelmarin, namun dibatalkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad