Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

Gaya Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 12:31PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syawal bulan yang menyaksikan ramai ramai kanak-kanak tersenyum riang kerana berjaya mengumpul duit raya yang diberikan oleh golongan dewasa. Jumlah yang diperolehi bukan sedikit, malah ada yang mencecah ribuan ringgit.

Maklumlah, sekarang ini jika tidak bersua muka pun, ada yang mendapat duit raya dengan transaksi dalam talian. Guna kod QR atau DuitNow. Apabila duit yang dikumpul semakin bertambah, ada di antara anak-anak yang mula memasang angan-angan untuk membelanjakannya bagi mendapatkan barangan yang dihajati seperti PlayStation edisi terkini, telefon pintar, kasut dan juga barang dagangan artis K-pop kegemaran.

Di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan. Nasihati anak-anak dan bertegas supaya mereka tidak membelanjakan duit raya sesuka hati mengikut nafsu. Ketepikan situasi di mana ada segelintir ibu bapa yang menggunakan duit raya anak kerana kesempitan wang.

Sebagai orang tua, anda perlu jalankan tanggungjawab untuk mendidik anak dalam pengurusan kewangan. Boleh beri peluang untuk mereka berbelanja bagi mendapatkan barangan yang diidamkan, tetapi pastikan ia adalah keperluan, bukan berlandaskan keinginan semata-mata.

Contohnya, telefon pintar yang ada sudah tidak berfungsi dengan baik, kasut yang dipakai ketika ini sudah bertahun-tahun tidak berganti, atau mungkin mahu memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah bertungkus-lumus belajar. Namun begitu, anda harus membantu mereka membuat pilihan terbaik.

Jika tidak punya alasan untuk berbelanja, adalah lebih baik duit raya itu disimpan atau dilaburkan untuk kegunaan masa hadapan. Berikut adalah tiga pilihan yang boleh dipertimbangkan.

1. Labur Di Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Amanah Saham Bumiputera adalah satu jenis pelaburan yang paling selamat dan mendatangkan keuntungan setiap tahun walaupun peratusannya tidak tinggi.

Melalui pelaburan ASB, ia boleh menjana pulangan atau faedah jangka panjang secara konsisten memandangkan pelaburannya dijamin oleh kerajaan. Maksudnya, pulangan setiap tahun yang anda akan terima adalah konsisten. Bahkan, pelabur juga tidak dikenakan sebarang caj untuk transaksi jualan unit ASB.

2. Buat Simpanan Di Tabung Haji

Buka akaun simpanan di Tabung Haji juga salah satu cara yang baik untuk menyimpan duit raya. Lebih-lebih lagi ia adalah keperluan di masa hadapan untuk menunaikan ibadah Haji.

Institusi kewangan ini turut menawarkan dividen sehingga lima peratus pada setiap tahun. Sesekali boleh tunjuk penyata kewangan kepada anak-anak agar mereka boleh lihat sendiri duit raya yang disimpan semakin meningkat jumlahnya.

3. Menabung Di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Pilihan yang satu ini juga pilihan yang baik kerana duit tidak boleh dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya dan paling penting ia boleh dijadikan dana untuk persedian pendidikan anak-anak kelak.

Dengan kos pendidikan yang semakin meningkat saban tahun, kewujudan akaun ini pasti sangat membantu melancarkan urusan pembelajaran anak-anak di kemudian hari.

Dana ini diwujudkan oleh pihak PTPTN untuk menggalakkan ibu bapa atau penjaga untuk mula membuat simpanan khas bagi tujuan anak-anak sambung belajar. Simpanan ini hanya boleh digunakan untuk anak anda belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

Ia juga patuh syariah yang menggunakan konsep ‘wakalah bill istithmar’ yang bermaksud pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka untuk tujuan pelaburan. – Getaran, 28 April 2024

Sorotan

1

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

2

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

3

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

oleh Rahayu MN

Gaya 22 jam yang lalu

Selepas 17 Tahun Bertungkus Lumus, Jovian Mandagie Ambil Keputusan Undur Diri 

Peminat jenama fesyen ini masih punya masa untuk berbelanja di jualan penghabisan di cawangan Shah Alam sehingga jam 12.00 tengah malam ini.

oleh Rahayu MN