Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Apr 2024 5:02PM

Paras Sungai Kelantan yang semakin menyusut menyebabkan beting pasir seluas padang bola ini muncul di tengah-tengah sungai. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Paras air Sungai Kelantan menyusut hingga menampakkan beting pasir seluas padang bola di tengah-tengah sungai berkenaan berikutan musim kemarau yang melanda negeri itu.

Tinjauan Bernama ke Tangga Krai beting pasir mula timbul sejak sebulan lepas dan kini semakin jelas kelihatan, malah berdasarkan laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan paras air sungai di kawasan itu berada di paras 15.67 meter (m) berbanding paras normal 17m.

Penduduk kampung, Mohd Rafizi Abdullah, 37, berkata beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari. 

Dia yang mengusahakan Kedai Kopi Mambong di rumah rakit di sungai itu, berkata orang ramai yang singgah di kedainya kebanyakan tertarik dan berasa pelik dengan fenomena tersebut, malah ada yang mengambil kesempatan berjalan kaki ke tengah sungai dan bergambar.

"Di bahagian tebing paras air hanya setinggi paha orang dewasa dan semakin lama berjalan ke tengah sungai parasnya semakin tohor," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, keadaan itu sebenarnya menyukarkan bot yang berulang-alik terutama dari Kampung Keluat dan Taku kerana perlu mengambil jarak jauh sedikit sekiranya mahu menyeberangi sungai bagi menggelak beting pasir. 

Mohd Rafizi berkata, pemandangan di sungai itu juga akan lebih menarik apabila air sungai jernih tetapi adakalanya keruh kerana hujan di bahagian hulu sungai.

Dia yang turut menyediakan perkhidmatan bot ke Kampung Mambong, berkata bagi menarik kedatangan lebih ramai pengunjung dia ada membuat sewaan kayak jika ada yang berminat.

Difahamkan keluasan Sungai Kelantan antara Tangga Krai ke Kampung Keluat dianggarkan sejauh 300 meter.

Bagi Firdaus Mohd Zain, 22, pula fenomena air surut itu sikit sebanyak membuatkan kedai makan di atas rumah rakit miliknya semakin ramai pengunjung.

Menurutnya, kini penduduk dari luar daerah turut datang ke kedai kerana selain mahu menikmati juadah kampung berlauk ikan sungai mereka juga mahu melihat fenomena pasir timbul.

"Ada yang membayar bot semata-mata mahu pergi ke tengah sungai untuk melihat lebih dekat. Bagi yang mahu merasai pengalaman bermain air dan pasir sungai sambil mencari etak bolehlah datang ke sini," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

2

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

3

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

4

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

5

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

Semasa 1 hari yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Semasa 16 jam yang lalu

DBKL Gempur Penjaja Asing, Sita 8 Gerai Milik Warga Bangladesh

oleh Sophia Ahmad