web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 4:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan pelakon popular, Uqasha Senrose, 32, dan Kamal Adli, 38 berkongsi khabar gembira apabila Uqasha selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pagi Sabtu.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Uqasha menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah, selamat melahirkan puteri kecil saya Subuh tadi. Selamat datang ke dunia sayangku, saya sayang awak sepenuh hati Uqaira sayang,” tulis Uqasha yang menyembunyikan wajah puteri sulung yang lahir dengan berat 2.72 kilogram itu.

“Assalammualaikum sayang. Selamat datang ke dunia, anak ayah dan ibu. Syukur kepada Allah. Terima kasih atas limpah kurnia yang kau berikan,” tulis Kamal Adli pula di dalam satu hantaran berbeza di akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama, bintang Abang Long Fadil ini turut menitipkan doa buat puterinnya itu agar kelak nanti akan menjadi anak terhebat dan solehah.

“Jadilah anak terhebat dan solehah, insya-Allah. Terima kasih yang tidak terhingga  @uqashasenrose2, dan saya sangat menyayangi anda berdua. Terima kasih atas doa-doa semua,” tulis Kamal lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. Sebelum ini, Uqasha pernah berkongsi yang dia pernah dua kali keguguran.

Kali pertama, ketika menunaikan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin, dan kali kedua sekitar November 2022. – 28 April 2024

Foto : IG

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang