web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:33PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PERLIS - Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), yang bermula hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.

"MCMC juga telah menyatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk memanggil sesiapa yang melanggar undang-undang negara kita, khusus berkaitan dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya perlu, mereka boleh dipanggil untuk dirakam percakapan, disita peranti dan sim mereka, serta dihadapkan ke mahkamah.

"Saya harap rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada siri kes yang telah dibawa ke mahkamah, mereka yang meletakkan komen- komen yang keterlaluan yang ekstremis hingga ada yang dikenakan denda yang sangat tinggi dan jika gagal membayar denda maka hukumannya ialah penjara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jiwa MADANI di Kampung Seberang Ramai, di sini hari ini.

Fahmi berkata, pihak yang terlibat dalam PRK berkenaan digesa berkempen secara sihat, menggunakan fakta dan mengelak daripada menyentuh perkara sensitif.

Beliau berkata, sekiranya berlaku, MCMC akan segera memanggil mereka yang terlibat dan ia bukan hanya bagi mereka yang memuat naik kandungan berkaitan tetapi juga mereka yang memasukkan komen-komen yang keterlaluan.

"Jadi berpada-padalah, bersederhanalah dalam kita berkempen...yang penting kita nakkan rakyat khususnya pengundi bagi DUN Kuala Kubu Baharu mempunyai pilihan yang terbaik menjelang 11 Mei nanti," katanya.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Bebas, diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Fahmi menyampaikan watikah penubuhan Komuniti MADANI kepada 45 orang ketua dan wakil komuniti di seluruh negeri Perlis, melibatkan 15 kawasan DUN.

Beliau berkata pelantikan itu diharap dapat membantu penyebaran maklumat mengenai dasar kerajaan kepada akar umbi, supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat.

"Contohnya kita wujudkan akaun ketiga bagi KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) iaitu untuk menyenangkan rakyat, membolehkan mereka berbelanja dengan berhemah di samping memanfaatkan caruman yang telah dibuat dalam KWSP.

"Dasar kajian semula Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang akan mula diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bermula 1 Mei dan ada beberapa ikhtiar lain yang kita lihat Perdana Menteri sedang usahakan sebagai sebahagian daripada apa saya sebut sebagai misi Perdana Menteri untuk Malaysia," katanya.

Fahmi turut berharap Komuniti MADANI dapat menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, untuk memastikan maklumat berkaitan dasar kerajaan sampai ke peringkat akar umbi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran