Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 2:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Inisiatif kerajaan memperkenalkan akaun ketiga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dipanggil Akaun Fleksibel mendapat pujian pakar ekonomi.

Akaun berkenaan membolehkan pencarum bawah usia 55 tahun untuk membuat pengambilan daripada simpanan mereka untuk membiayai keperluan kewangan jangka pendek mereka.

Bercakap kepada The Vibes, pakar-pakar itu berkata Putrajaya telah bertindak secara bertanggungjawab berhubung perkara itu dan pada masa sama, membantu menjamin dana untuk persaraan.

Mereka berkata, langkah itu memberikan bantuan segera kepada pencarum yang memerlukan dana segera.

Minggu lalu, KWSP dalam satu kenyataan, berkata simpanan dalam akaun ketiga itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Akaun satu yang dinamakan Akaun Persaraan, bertujuan untuk mengumpul simpanan yang akan digunakan pada usia persaraan manakala Akaun Sejahtera (akaun dua) bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Akaun ketiga itu akan bermula dengan baki sifar, bagaimanapun pencarum diberikan sekali pilihan antara 11 Mei hingga 31 Ogos untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Pakar ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata kerajaan bertindak baik dan pengenalan  akaun ketiga itu bakal membantu keperluan jangka pendek pencarum.

Beliau berkata, kerajaan tidak tunduk terhadap desakan sesetengah pihak, berikutan Putrajaya menjalankan kajian terperinci sebelum mencapai keputusan mewujudkan akaun ketiga itu.

"Ia respons yang bertanggungjawab daripada kerajaan dan pada masa sama, ia memenuhi keperluan pencarum.

"Ada pihak yang menggesa kerajaan membenarkan mereka mengeluarkan wang KWSP mereka dan inisiatif terbaharu ini mendapat sambutan yang baik.

“Pemikiran orang ramai sudah berubah. Sebelum ini simpanan KWSP dianggap sebagai wang persaraan, tetapi kini ramai yang mengambil pendirian berbeza dan mengatakan simpanan itu tidak seharusnya disimpan sehingga mereka mececah usia persaraan, katanya Ketua Hubungan Korporat Aafiyat Holdings Sdn Bhd itu.

Felo kajian di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid, melihat akaun ketiga itu sebagai situasi menang-menang.

Beliau berkata, peruntukan dana bawah struktur akaun baharu itu dilihat sebagai "baki munasabah".

"Strategi ini mewakili jalan tengah dan tidak seharusnya mengejutkan. Sebaik sahaja kita membuka pintu untuk ahli memanfaatkan simpanan persaraan mereka seperti yang kami lakukan pada 2020 dan 2021, permintaan untuk pengeluaran selanjutnya hampir tidak dapat dielakkan," kata Khalid.

Beliau berkata, ia juga penyelesaian kurang merosakkan terhadap keperluan ahli yang memerlukan akses kepada wang tunai.

“Jika KWSP tidak membenarkan empat pengeluaran sepanjang pandemik, berjumlah kira-kira RM150 bilion, mungkin tidak timbul keperluan untuk akaun ketiga ini,” katanya.

Bermula 11 Mei ini, caruman akan dipecahkan kepada 75 peratus untuk Akaun Persaraan, 15 peratus untuk Akaun Sejahtera dan 10 peratus untuk Akaun Fleksibel.

Keluarkan Wang Bila Perlu

Pengarah Program Kajian Ekonomi di Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia, Sunway University, Prof Yeah Kim Leng, berkata langkah itu boleh menyelesaikan keperluan kewangan kritikal rakyat, terutama bagi mereka yang benar-benar terdesak memerlukan wang.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka perlu melihatnya sebagai pilihan terakhir.

“Ia adalah langkah yang munasabah. Mereka yang memerlukan wang tidak perlu meminjam wang dengan kos yang tinggi. Ia adalah cara yang berguna untuk menggunakan simpanan dan menyelesaikan masalah kewangan tetapi pencarum mesti membuat pengeluaran sebagai pilihan terakhir.

"Cuba pinjam daripada ahli keluarga dahulu dan jika mereka perlu mengambil wang daripada KWSP, jangan belanjakan untuk perkara yang tidak perlu," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga perlu menegaskan kepentingan mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan.

“Ia bagi mengelakkan masalah kewangan di masa depan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan orang ramai tidak jatuh miskin sebaik mereka bersara. Justery, kecelikan kewangan adalah perlu,” katanya.

Melalui skim pilihan ini, ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM3,000 dalam Akaun Sejahtera boleh memindahkan sepertiga daripadanya ke akaun baharu itu.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan RM1,000 ke bawah dalam akaun berkenaan, keseluruhan amaun itu boleh dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

Sebelum ini, pencarum mengeluarkan lebih daripada RM144.5 bilion dari 2020 hingga 2022 apabila kerajaan membenarkan pengeluaran bagi membanti mereka berdepan dengan kesukaran kewangan akibat perintah kawalan pergerakan sakibat COVID-19 dan kehilangan punca pendaatan.

Simpanan median dalam dana persaraan hanya RM8,100 pada 2022, kurang separuh daripada paras pada 2016.

Pada Oktober 2023, KWSP memaklumkan, hanya 16.4 peratus daripada ahlinya yang berusia antara 50 hingga 54 mempunyai lebih daripada RM240,000 dalam simpanan, dan hanya 3 peratus daripada mereka yang berusia 55 tahun ke atas mempunyai amaun yang lebih daripada itu dalam akaun masing-masing.

Kerajaan bagaimanapun terus berdepan tekanan daripada ahli politik untuk membenarkan pengeluaran.

KWSP mempunyai aset bernilai RM1.05 trilion bawah pengurusannya setakat September 2023.

Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata negara akan menyaksikan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila pengguna mula berbelanja.

Beliau berkata, pengenalan akaun itu adalah inisiatif baik namun mereka yang mempunyai simpanan KWSP yang kurang akan akhirnya mempunyai simpanan persaraan yang rendah atau langsung tiada simpanan.

“Mereka yang mempunyai baki simpanan kurang RM3,000 dalam akaun KWSP mereka akan berdepan masalah sebaik mereka bersara. Namun, untuk menghalang mereka daripada membuat pengeluaran juga satu masalah kerana mereka sangat memerlukan bantuan kewangan,” katanya. – The Vibes, 28 April 2024

Sorotan

1

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

2

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

3

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi