web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Enggan Bayar Saman Tertunggak, MPAJ Cadang Senarai Hitam Lesen Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 1:03PM

Penggunaan sistem pemantauan pintar tersebut akan menyenarai hitam pengusaha daripada memperbaharui lesen perniagaan mereka selagi tidak melunaskan saman dan kompaun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merancang untuk memperkenalkan sistem berpusat i-Sekat terhadap pemilik perniagaan yang enggan melunaskan saman trafik dan kompaun parkir tertunggak.

Presidennya, Mohd Fauzi Mohd Yatim memberitahu The Vibes, cadangan penggunaan sistem pemantauan pintar tersebut akan menyenarai hitam pengusaha daripada memperbaharui lesen perniagaan mereka selagi tidak melunaskan saman dan kompaun berkenaan.

“Kami akan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang termasuk mengheret mereka ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan sama ada MPAJ akan melaksanakan kempen kadar rata RM10 untuk kompaun trafik tidak berbayar yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mulai 1 Oktober hingga akhir tahun lepas.

Mohd Fauzi turut diminta untuk memberikan komen mengenai inisiatif Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memberikan diskaun sehingga 90 peratus pada dua bulan terakhir tahun lalu kepada pesalah undang-undang kecil dan kadar rata RM10 untuk kompaun parkir tertunggak.

Beliau menegaskan tindakan menyenarai hitam lesen perniagaan terbukti berkesan selepas dilaksanakan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Dalam lawatan kerja ke MBKS minggu lalu, mereka berkongsikan pengalaman dalam mengendalikan isu saman tertunggak dan isu kesalahan lain.

“PBT tersebut sangat tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan berlandaskan undang-undang,” katanya sambil menambah usaha MBKS turut dipuji oleh ahli politik di Sarawak.

Beliau juga berkata, pegawai MPAJ akan dihantar menjalani latihan bermula bulan ini ke PBT yang berjaya menyelesaikan isu saman tertunggak menggunakan sistem berpusat tersebut serta beberapa proses lain yang berkesan.

“Pegawai MPAJ juga akan menimba ilmu untuk melaksanakan sistem i-Sekat secara efektif. Pada masa sama, kami akan mengenal pasti langkah terbaik dan mekanisma sesuai untuk MPAJ melaksanakannya selaras dengan bidang kuasa dan kemampuan kami,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Fauzi tidak memberikan butiran lanjut berhubung langkah yang akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang masih berdegil.

Berdasarkan hansard Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 274,056 pesalah tidak melunaskan saman dikeluarkan MPAJ sejak 2014 hingga 2017 sementara RM17.47 juta diperoleh oleh PBT tersebut pada tempoh sama.

Tujuh tahun lalu, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi mengatakan hanya pesalah trafik dengan saman tertunggak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan disenarai hitam.

Akhbar berbahasa Inggeris The Sun Daily baru-baru ini melaporkan hanya tiga PBT diberi akses kepada sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membenarkan pasukan penguatkuasa tersebut menyenarai hitam kenderaan dengan saman tertunggak.

PBT tersebut adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan MBSA.

Aziz juga mengesahkan bahawa senarai hitam oleh JPJ tidak terpakai terhadap kompaun parkir tertunggak yang dikeluarkan PBT.

“Sebagai contoh, jika kamu tidak membayar parkir yang dikhaskan oleh PBT dan disaman, ia hanyalah kesalahan di bawah PBT iaitu Peraturan Jalan Raya (Meter Berbayar) dan Peraturan Jalan Raya (Peruntukan Tempat Letak Kereta),” katanya.

Menurutnya lagi, kira-kira 125 PBT memohon untuk mendapatkan akses terhadap data JPJ untuk memperoleh alamat pemilik kenderaan yang gagal menyelesaikan saman tertunggak.

“Ia hanya dikongsikan kepada PBT untuk mereka menghantar peringatan kepada pemilik kenderaan supaya menyelesaikan saman tertunggak dan bukannya untuk menyenarai hitam mereka daripada memperbaharui cukai jalan,” katanya. – The Vibes, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Saya Tak Serik, Tapi Akan Lebih Hati-Hati – Azrel Ismail Dakwa Masih Belum Terima Baki Bayaran Tertunggak Stesen TV

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Senaraikan Memandu Di Bawah Alkohol Sebagai Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun - PERKASA

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad