Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:35AM

Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu di Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Baharu malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan bagi PRK berkenaan, di sini malam tadi.

Terdahulu, majlis pengumuman calon bermula dengan bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak kelmarin.

Loke berkata, pemilihan Pang, 31, dipersetujui kepimpinan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan yang memberi peluang kepada DAP untuk mempertahankan kerusi itu.

"Calon main peranan penting. Dalam memilih calon, ada beberapa pertimbangan, faktor yang diambil kira antaranya pengalaman, kelayakan akademik dan pengetahuan," katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah pimpinan tertinggi DAP antaranya Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Steven Sim Chee Keong serta Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Selain itu, turut hadir pimpinan UMNO antaranya Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Mei, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada Sabtu ini dan 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac akibat kanser.

PRK Kuala Kubu Baharu adalah PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

Sementara itu, Pang, Setiausaha Akhbar kepada Nga Kor Ming merakamkan penghargaan kepada pimpinan parti di atas kepercayaan menamakan dirinya sebagai calon bagi Kerajaan Perpaduan.

"Walaupun saya baru berusia 31 tahun, saya sudah menceburi dalam bidang politik selama enam tahun.

"Saya percaya dengan pengalaman (yang dimiliki) akan memberi inspirasi kepada saya untuk membawa pembangunan positif di Kuala Kubu Baharu," kata anak kelahiran Ampang, Selangor, itu ketika berucap selepas diumumkan sebagai calon.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), anak jati Selangor itu bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, selain mahu meneruskan legasi cemerlang mendiang Lee.

Dalam kerjaya, Pang pernah menjadi Penolong Penerbit Ubah TV di Ibu Pejabat DAP pada 2017-2018; pegawai khas kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (2018-2020) sebelum kembali ke Ubah TV sebagai penerbit (2020-2022).

Beliau juga pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Disember 2022-Jan 2024) sebelum dilantik menjadi setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Politik 1 minggu yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

3

Politik 2 minggu yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

4

Politik 3 minggu yang lalu

Anwar Belum Bincang Calon PH Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 1 jam yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun

Semasa 11 jam yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan