web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 5:06PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seramai 642 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, bermula Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata selain ditugaskan di lokasi tumpuan seperti pusat mengundi, menjaga saluran, pusat penjumlahan undi serta melaksanakan kawalan keselamatan tumpuan utama penugasan adalah pada hari penamaan calon dan pengundian bagi PRK berkenaan.

"Polis Selangor telah bersiap siaga untuk memastikan kelancaran sepanjang tempoh PRK ini dan memberi jaminan keadaan keselamatan sentiasa ditahap terbaik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim akan mengadakan taklimat kepada wakil-wakil parti yang akan bertanding dalam PRK berkenaan dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan berkenaan perkara yang perlu dipatuhi sepanjang berkempen.

Menurut Sasikala Devi isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) serta permohonan permit berkempen antara perkara yang akan disentuh pada sesi taklimat berkenaan.

Sasikala Devi berkata, sebanyak 625 pegawai dan anggota polis serta 238 anggota dan pegawai tentera akan mengundi awal pada 7 Mei ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu adalah PRK ketujuh selepas PRU15 dengan enam daripadanya dilaksanakan tahun lepas iaitu Parlimen Kuala Terengganu (Ogos), Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), DUN Pelangai (Oktober), DUN Jepak (November) dan Parlimen Kemaman (Disember). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad