web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:39AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Isu ekonomi dan masa depan warga Kuala Kubu Baharu menjadi fokus Kerajaan Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada 11 Mei ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi berkata, pihak kerajaan sudah mengenal pasti perkara yang dibangkitkan oleh penduduk dan pengundi di kawasan itu, termasuk manifesto atau janji yang diberikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lee Kee Hiong.

"Saya fikir apa yang penting bagi pengundi di Kuala Kubu Baharu adalah bukan hanya melihat pencapaian setakat ini dan apa yang dijanjikan oleh mendiang ADUN tetapi juga masa depan Kuala Kubu Baharu.

"Bagi Kerajaan Perpaduan, kita telah mengenal pasti sejumlah perkara yang telah dibangkitkan sama ada oleh warga, penduduk atau pengundi di Kuala Kubu Baharu serta apa yang dijanjikan oleh mendiang ADUN," katanya pada sidang media mingguan di sini, semalam.

Fahmi berkata, calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu diumum malam tadi.

Ditanya mengenai ketegangan antara parti komponen Kerajaan Perpaduan, beliau mengakui terdapat perbezaan pendapat, namun menegaskan akan terus bekerjasama demi memastikan kemenangan calon mereka pada PRK itu.

"Demokrasi ni rencam, ada pelbagai pandangan, kita bukan diktator.

"Kita akui walaupun ada beza pandangan tapi demi kemaslahatan ke arah kebaikan yang lebih besar, kita akan usaha untuk bekerjasama dengan baik," katanya.

Menjawab persoalan Kerajaan Perpaduan dan parti komponennya tidak sehaluan, Fahmi berkata, keputusan sudah dibuat dalam mesyuarat pada Rabu lalu bahawa semua pihak bersetuju untuk bekerjasama.

"Ini tidak benar (bahawa mereka tidak sehaluan), bagi Pakatan Harapan, kami telah bermesyuarat minggu lepas yang disusuli mesyuarat dengan Barisan Nasional (BN), dihadiri oleh wakil semua parti komponen... dan ada keputusan tertentu yang dibuat yang membuktikan bahawa kami akan bekerjasama," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian Lee pada 21 Mac lalu.

Lee, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser selama beberapa tahun.

PRK Kuala Kubu Baharu adalah yang ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kubu Baharu adalah sebanyak 40,226 orang yang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad