web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Ekonomi Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2026 10:31AM

AMCRA memainkan peranan penting untuk mewujudkan komunikasi sihat antara pemiutang dan peminjam - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Persatuan Agensi Pemulihan Kredit Malaysia (AMCRA) disifatkan sebagai langkah penting buat industri pemulihan kredit Malaysia, selaras Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873).

Presiden AMCRA, Rohan Jayaratnam berkata, sektor kredit Malaysia selama ini beroperasi dalam persekitaran yang berpecah belah, melibatkan piawaian berbeza dan penyelarasan formal yang terhad di seluruh industri.

Menurut beliau, pelaksanaan Akta Kredit Pengguna 2025 dan penubuhan Lembaga Pemantau Kredit Pengguna (CCOB) dilihat ramai sebagai satu perkembangan positif, khususnya dalam mengukuhkan keyakinan awam. 

“Akta ini mewajibkan hanya agensi pemulihan hutang yang berdaftar dan berlesen sahaja boleh menjalankan aktiviti kutipan hutang, dan ia melarang keras amalan seperti gangguan, ancaman, intimidasi, dan penghinaan di khalayak ramai.

“Semua langkah ini bertujuan  melindungi pengguna dan memastikan aktiviti pemulihan kredit dijalankan secara profesional dan beretika,” katanya.

Rohan Jayaratnam
Rohan Jayaratnam

Jelas Rohan, industri pemulihan kredit memainkan peranan penting dalam ekosistem kewangan,  dengan menyokong pemberian pinjaman yang bertanggungjawab dan kestabilan kewangan. 

“Kami menyambut baik Akta Kredit Pengguna dan penubuhan CCOB sebagai langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih berstruktur, telus, dan profesional bagi semua pihak berkepentingan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, AMCRA sebagai platform bagi agensi berlesen untuk berinteraksi secara konstruktif dengan pengawal selia dan penggubal dasar.

“AMCRA ditubuhkan untuk memberi suara yang selaras kepada industri dan memudah cara penglibatan bermakna dengan CCOB. 

“Objektif kami bukanlah untuk menentang peraturan, tetapi untuk menyokongnya dengan memastikan realiti industri difahami, amalan terbaik ditegakkan, dan piawaian etika diterapkan secara konsisten,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden AMCRA, Datuk Mohd Shahrom berkata, sektor pemulihan kredit menggaji ribuan rakyat tempatan dan membentuk rantaian kritikal antara pemiutang dan peminjam. 

Pemimpin industri katanya, percaya peraturan yang lebih jelas dan pengawasan yang betul akan memberi manfaat bukan sahaja kepada institusi kewangan, tetapi juga kepada penghutang dengan mempromosikan layanan adil, mengurangkan salah laku, dan meningkatkan kepercayaan.

“Rangka rangka kerja baharu ini membentangkan peluang untuk memprofesionalkan lagi sektor tersebut.

“Persekitaran yang dikawal selia dengan baik menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab dan meningkatkan piawaian secara menyeluruh. Apabila agensi beroperasi dalam garis panduan yang jelas, ia melindungi pengguna, menyokong pemiutang, dan mengukuhkan kredibiliti seluruh industri,” katanya.

Getaran diberitahu, mandat, objektif dan komitmen AMCRA akan diimumkan secara rasmi pada pelancaran persatuan berkenaan Khamis ini. - Getaran, 27 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Malaysia Tekankan Keseimbangan Pertumbuhan, Kelestarian - Vinod Sekhar

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?