web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

Ekonomi Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2026 9:02AM

Rohan Jayaratnam (tengah) pada pelancaran rasmi AMCRA di ibu negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelancaran rasmi Persatuan Agensi Pemulihan Kredit Malaysia (AMCRA) diyakini mampu mengubah struktur industri pemulihan kredit menjadi lebih sistematik, kemas dan teratur.

Presiden AMCRA, Rohan Jayaratnam berkata,  industri pemulihan kredit sejak berdekad lamanya berperanan besar menyokong sistem perbankan dan kewangan negara, justeru penubuhan AMCRA mampu menggerakkan ia secara lebih mapan. 

Menurut beliau, AMCRA juga berkebolehan membantu industri khususnya dalam aspek pengurusan serta pemulihan hutang pengguna tanpa sandaran.

“Apabila kredit pengguna berkembang sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, agensi kutipan hutang berlesen menjadi sebahagian daripada ekosistem kewangan yang penting. Ia membantu institusi kewangan mengurus risiko kredit serta mengekalkan kestabilan sistem.

“Industri pemulihan hutang di Malaysia telah berkembang pesat. Hari ini, agensi yang mempunyai reputasi tinggi beroperasi dengan rangka kerja pematuhan yang kukuh, sistem teknologi yang mantap, serta memenuhi kriteria ketat pelanggan, terutama daripada pihak bank,” katanya.

Rohan Jayaratnam
Rohan Jayaratnam

Jelas Rohan, Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873) dan penubuhan Lembaga Pemantau Kredit Pengguna (CCOB) memberikan pencerahan yang amat diperlukan oleh sektor berkenaan.

“Kami melihat rangka kerja kawal selia baharu ini sebagai langkah positif yang membawa struktur, ketekalan (consistency), dan legitimasi kepada industri. 

“Peraturan yang jelas membantu membezakan agensi berlesen yang bertanggungjawab dengan pengendali haram atau tidak beretika, selain memperkukuh keyakinan awam terhadap peranan kami,” katanya.

Tambah beliau, AMCRA ditubuhkan sebagai suara kolektif agensi berlesen dan menjadi platform rasmi bagi sesi libat urus dengan pengawal selia serta pihak berkepentingan.

“Industri ini menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Malaysia dan berjaya memulihkan berbilion ringgit hutang tanpa sandaran setiap tahun bagi pihak institusi kewangan.

“Pemimpin industri yakin kawal selia yang lebih jelas akan meningkatkan profesionalisme sektor ini, menggalakkan amalan bertanggungjawab, dan memantapkan pembangunan tenaga kerja,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden AMCRA, Datuk Mohd Shahrom bin Mohd Rafik berkata, persatuan itu berpaksikan kepada prinsip etika, profesionalisme, dan kerjasama.

“Pemulihan hutang adalah tentang mengembalikan keseimbangan dan tanggungjawab dalam sistem kewangan. Ia perlu dilaksanakan mengikut undang-undang, dengan penuh hormat dan menjaga maruah.

“AMCRA ditubuhkan untuk meningkatkan piawaian, menyokong pembangunan profesional, dan menyediakan suara tunggal bagi agensi pemulihan yang beretika,” katanya.

Setakat ini, AMCRA mewakili lebih 40 agensi pemulihan kredit berlesen di seluruh negara. 

Ia menyasarkan peranan aktif dalam menyokong piawaian industri, dialog, dan amalan terbaik seiring dengan perkembangan rangka kerja kredit pengguna di Malaysia. - Getaran, 30 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Malaysia Tekankan Keseimbangan Pertumbuhan, Kelestarian - Vinod Sekhar

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?