web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2026 10:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka berdepan tekanan industri dan ekonomi yang semakin meruncing beberapa minggu akan datang, apabila syarikat mula kehabisan stok bahan mentah sedia ada susulan gangguan rantaian bekalan global berpanjangan.

Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkata, Jun dan Julai dijangka menjadi tempoh paling kritikal bagi sektor pembuatan dan perniagaan apabila bekalan gantian terus tertangguh, akibat gangguan logistik serta krisis tenaga global yang semakin memburuk.

Menurut beliau, banyak firma ketika ini masih bergantung kepada inventori lama yang dikumpulkan sebelum tercetusnya krisis, sekali gus menutupi tahap sebenar kesan gangguan tersebut, namun keadaan dijangka menjadi lebih ketara sebaik sahaja simpanan itu habis.

“Krisis ini sedang berkembang melalui beberapa gelombang ekonomi yang saling bertindih dan bakal memberi tekanan lebih besar kepada industri domestik dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya menerusi wawancara dalam program podcast BFM. 

Jelas Nurhisham, gelombang pertama melibatkan kekurangan bahan api serta peningkatan mendadak harga tenaga, yang kini sudah mula meningkatkan kos operasi dan logistik syarikat.

“Fasa kedua pula akan berlaku apabila industri mula berdepan kekurangan bahan asas penting bagi sektor petrokimia, sekali gus menjejaskan pengeluaran dalam pelbagai aktiviti pembuatan,” katanya.

Katanya, perbincangan dengan pelbagai syarikat utama sejak beberapa bulan lalu mendapati banyak firma besar hanya mempunyai simpanan bahan mentah yang mencukupi untuk tempoh kira-kira dua bulan bermula pertengahan Mac.

“Selepas tempoh itu, syarikat perlu mendapatkan bekalan baharu, namun gangguan berterusan terhadap rantaian bekalan global menjadikan proses tersebut semakin sukar,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada satu tinjauan diterbitkan Persekutuan Pengeluar Malaysia (MEF) pertengahan April lalu, yang menunjukkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mula berdepan tekanan semakin meningkat, walaupun syarikat besar secara relatifnya masih berada dalam keadaan stabil.

Menurut Nurhisham, terdapat PKS dilaporkan hanya mempunyai baki bekalan untuk tempoh satu hingga dua minggu sahaja, sekali gus menjadikan golongan terbabit paling terdedah kepada kelewatan penghantaran dan peningkatan kos operasi.

Beliau memberi amaran, kesan sebenar kekurangan bekalan mungkin mula dirasai bulan ini apabila lebih banyak kilang dan pengilang berpotensi menghentikan operasi secara sementara akibat kekurangan bahan mentah.

Katanya, gangguan tersebut juga boleh mencetuskan pengurangan kerja lebih masa, pengurangan syif pekerja serta penurunan produktiviti merentas pelbagai sektor ekonomi.

"Ia bukan sesuatu yang berlaku secara mendadak, sebaliknya satu proses perlahan yang akhirnya memberi tekanan kepada peluang pekerjaan, pendapatan pekerja dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, Nurhisham berkata pemulihan bekalan minyak global dijangka mengambil masa yang panjang walaupun konflik di Asia Barat berakhir dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, infrastruktur pengeluaran minyak di rantau berkenaan tidak boleh kembali beroperasi serta-merta kerana medan minyak memerlukan proses pemulihan yang dikendalikan secara teliti sebelum kapasiti pengeluaran penuh dapat dipulihkan.

“Walaupun perang tamat esok, kira-kira tiga perempat pengeluaran minyak di Asia Barat masih tidak dapat disalurkan semula ke pasaran sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

2

Ekonomi 5 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Malaysia Tekankan Keseimbangan Pertumbuhan, Kelestarian - Vinod Sekhar

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?