web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:14PM

gambar oleh APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seorang warga emas maut akibat ditimpa pokok kekabu yang tumbang dipercayai akibat hujan dan angin kencang di kawasan perumahan berhampiran Sekolah Kebangsaan Pulai, Kupang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.35 petang dan mangsa, Rafiah Zakaria, 86, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pokok itu dipercayai tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini sejak jam 3 petang.

"Anggota penyelamat segera ke lokasi kejadian, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Lt  (PA) Mohd Faizol Ab Aziz memaklumkan, pelbagai pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan komuniti setempat berganding bahu untuk sama-sama memotong pokok yang tumbang dan mengalihkannya.

"Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dan mengalihkan pokok tersebut.

"Petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga hadir ke lokasi kerana pokok tersebut turut membawa kabel elektrik yang masih aktif berada berdekatan mangsa," katanya. - Getaran 26 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad