web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 1:17PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tesla menurunkan harga dua model keretanya, Model 3 dan Model Y sebanyak RM8,000, seiring dengan usahanya meningkatkan peralihan global ke arah penggunaan tenaga mampan dan menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik (EV).

Pengeluar kereta elektrik itu berkata penurunan harga itu menjadikan EV Tesla lebih berpatutan dan mampu dibeli oleh kalangan pengguna yang lebih meluas.

"Berkuat kuasa hari ini, Model 3 dan Model Y, masing-masing berharga RM181,000 dan RM191,000, dan pelanggan kini boleh memesan kedua-dua model itu di pusat pengalaman Tesla atau menerusi laman web rasmi Tesla.

"Kenderaan Tesla layak mendapat pengecualian duti import dan eksais penuh, serta pengecualian cukai jalan 100 peratus, dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan berkaitan pengecasan EV," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tesla, harga untuk Model 3 (tidak termasuk yuran pendaftaran atas jalan) bermula daripada RM181,000 bagi Model 3 (pacuan roda belakang) dan RM210,000 untuk Model 3 Jarak Jauh (pacuan semua roda).

Bagi harga Model Y (tidak termasuk yuran pendaftaran atas jalan), ia bermula pada RM191,000 untuk Model Y (pacuan roda belakang); RM238,000 untuk Model Y Jarak Jauh (pacuan semua roda) dan RM280,000 untuk Model Y Performance (pacuan semua roda).

la berkata melalui aplikasi Tesla, pengguna boleh mencari, menavigasi dan memantau status pengecas super dengan mudah, dengan proses pembayaran secara automatik bagi setiap penggunaan sebanyak RM1.25 setiap kilowatt jam.

Setakat hari ini, Tesla mempunyai tujuh stesen pengecas super (36 pengecas) dan 10 stesen pengecas destinasi (61 pengecas) di Malaysia.

"Dengan pengembangan berterusan untuk memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, kini terdapat 11 stesen pengecasan super dan sembilan stesen pengecasan destinasi.

"Tesla komited untuk terus memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk Tesla di seluruh rantau," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

30 Peserta, Penganjur Perhimpunan Turun Harga Barang Dipanggil Polis

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM