web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 7:59PM

Wakil Bekas Kakitangan KAHB, Mohamad Redzwan Ramlee dalam sidang akhbar selepas perbincangan bersama MBI Kedah di Pejabat JTK Kedah. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Seramai 20 bekas pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) yang kebuntuan selepas pembayaran gaji mereka tertunggak sehingga RM337,000, kini sudah boleh menarik nafas lega apabila ia akan diselesaikan secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan.

Tunggakan berkenaan membabitkan gaji untuk sembilan bulan.

Wakil bekas kakitangan syarikat itu, Mohamad Redzwan Ramlee berkata, penyelesaian itu dicapai menerusi perbincangan diadakan bersama wakil Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah, hari ini.

Menurutnya, bekas kakitangan terlibat akan menerima tunggakan gaji selama lima bulan terlebih dulu pada bulan depan manakala bakinya akan dibayar dalam tempoh dua tahun setengah secara ansuran bulanan.

"Sebagai permulaan, kami akan menerima bayaran bagi tunggakan gaji lima bulan terlebih dulu pada Mei depan manakala bakinya akan dibayar secara ansuran dalam tempoh dua tahun setengah.

"Kami hormati kenyataan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim supanya menyelesaikan perkara ini secara berhemah.

“Selepas ini mungkin ada peringkat seterusnya yang akan dirunding dengan pihak pakar," katanya ketika ditemui di Pejabat JTK dekat sini, hari ini.

Mohamad Redzwan berkata, mereka berterima kasih kepada Steven yang membawa isu itu ke Parlimen serta pihak-pihak lain termasuk bekas kakitangan KAHB yang membantu menyebarkan mengenai masalah dihadapi kumpulan kakitangan itu.

"Saya fikir kalau isu ini tidak tular, tiada siapa yang tahu mengenai nasib kami. Kami juga berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI Kedah, Zafir Annuar Ghazali di atas kesudian berbincang berkaitan perkara ini.

"Seperti ditegaskan sebelum ini, kami bukan mahu bermain politik sebaliknya hanya mahu menyelesaikan masalah dihadapi. Jika ada pihak lain mahu bermain politik, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Bekas Kakitangan KAHB berbincang mengenai penyelesaian tunggakan gaji mereka. - gambar Rafisqi Radhi
Bekas Kakitangan KAHB berbincang mengenai penyelesaian tunggakan gaji mereka. - gambar Rafisqi Radhi

Sebelum ini, Getaran melaporkan mengenai tunggakan gaji antara enam ke sembilan bulan yang dihadapi oleh bekas kakitangan anak Syarikat MBI Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor awal bulan lalu kemudiannya mengumumkan penamatan operasi KAHB kerana syarikat itu disifatkan tidak berdaya maju dan menanggung liabiliti terlalu besar.

Susulan itu, ada antara bekas kakitangan terlibat kemudiannya mengadakan pertemuan bersama MBI Kedah sehari selepas pengumuman tersebut dan mereka kemudiannya menerima pampasan antara RM6,000 hingga RM30,000, mengikut faedah notis penamatan perkhidmatan berdasarkan kontrak masing-masing menjelang Aidilfitri lalu. – Getaran, 25 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad