web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 7:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemohon yang membuat rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M telah mula menerima jawapan masing-masing sama ada permohonan mereka diluluskan ataupun tidak. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan dan jumlah kuota yang diluluskan Kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji Malaysia.

"Lembaga Tabung Haji (TH) ada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk meneliti semua permohonan rayuan haji dan setelah ambil kira permohonan yang dikemukakan oleh perayu, maka 31,600 kuota dah dipenuhi dan pada 9 Mei kapal terbang pertama akan berangkat ke Tanah Suci," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang turut hadir pada majlis itu menyantuni dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, pelajar tahfiz dan ibu tunggal.

Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini dengan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini. 

TH dilaporkan menerima lebih 80,000 rayuan haji sejak ia dibuka pada 26 Januari lepas.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, berhubung tindakan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart, bertentangan dengan ajaran dan tindakan Rasulullah, Mohd Na'im berkata, beliau menghormati dan akan meneliti pandangan tersebut.

"Isu boikot ini pilihan individu dan kita menghormati pandangan Mufti Perak dan InsyaAllah kita akan teliti," katanya.

Mengenai program ramah mesra tersebut, Mohd Na'im berkata, ia menghimpunkan 130 masjid dan surau Jumaat yang menyediakan juadah Hari Raya dan menyantuni tetamu daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama selaras dengan semangat muhibah masyarakat MADANI. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar