web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 8:30PM

Perdana Menteri, Datuk Seri ANwar Ibrahim turut menghadiri program Perkampungan Sunnah semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran program dakwah, Perkampungan Sunnah yang diadakan di Masjid Alwi, Kangar Perlis, menerima sambutan yang luar biasa dengan peserta terbanyak datang dari Johor, Kelantan dan Terengganu.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, penganjuran program yang diadakan selama tiga hari bermula pada Jumaat sehingga Ahad ini turut disertai peserta dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Malah, beliau berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim Anwar turut memeriahkan lagi program tersebut.

“Alhamdulillah, kehadiran ke Perkampungan Sunnah tahun ini sangat ramai. Rasanya, lebih ramai daripada tahun-tahun lepas sehingga sesak dan sukar mahu bergerak.

Daripada awal Subuh Jumaat semalam sehingga hari hari, dan akan berterusan sehingga malam esok.

“Kehadiran Perdana Menteri semalam sangat saya dihargai. Ucapan beliau sangat luar biasa. Saya tidak fikir mana-mana pemimpin negara sebelum ini yang boleh bercakap seperti itu. Kami sangat berterima kasih kepada kehadiran dan keterbukaan beliau,” katanya melalui satu hantaran di akaun Facebook.

Beliau berkata, sambutan menggalakan yang diterima pada tahun ini menunjukkan bahawa program tersebut merentasi sempadan parti politik dan latar belakang individu biarpun sebelum ia pernah dikritik.

“Suasana Perkampungan Sunnah benar-benar merentasi parti dan latar individu. Tokoh-tokoh politik dari parti yang pelbagai dan golongan ustaz, artis, profesional, pentadbir awam, badan bukan kerajaan NGO, ahli-ahli perniagaan dan ramai lagi hadir dengan semangat meninggikan dakwah Sunnah.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Mungkin juga para penfitnah dan pengutuk Perkampungan Sunnah sebelum ini dengan pelbagai tuduhan secara tidak langsung mempromosikan Perkampungan Sunnah ini,” katanya.

Sebelum ini, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus pernah mengkritik dengan mendakwa ia satu program sesat kerana menghina ulama termasuk Imam Nawawi.

Idea Perkampungan Sunnah dicetuskan oleh Asri pada 2015 sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Perlis dan seterusnya dijadikan acara ilmu tahunan Perlis. – Getaran, 4 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad