web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 8:14AM

Abdul Salam Ahmad Said - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BHARU - "Dia membanggakan keluarga, kami reda dengan pemergiannya," itu luahan abang kepada Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi semalam.

Abdul Salam Ahmad Said, 33, yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail di sini berkata adiknya itu memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.

Abdul Salam yang juga anggota polis berkhidmat di Kuala Lumpur berkata dia sendiri sanggup menemani Muhamad Syafia bermula daripada proses permohonan sehingga bergelar anggota polis.

"Dia (Muhamad Syafiq) memang minta mahu jadi polis dan saya sendiri bawa dia untuk temu duga dan proses seterusnya," katanya yang memaklumkan kali terakhir berjumpa adiknya pada Januari lepas.

Abdul Salam berkata walaupun kejadian yang menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu memberi kesan kepada keluarga, mereka berbangga apabila adiknya itu dapat berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dalam tempoh kira-kira dua tahun.

Dalam kejadian serangan yang berlaku pada 2.45 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun serta suspek yang berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad