web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 8:06AM

Kakak kepada salah seorang mangsa menunjukkan gambar kenangan bersama adiknya, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar ketika ditemui di kediamannya di Bidor, Perak - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ideologi dan doktrin yang diterapkan Jemaah Islamiyah (JI) secara mendalam dan berterusan kepada ahli-ahlinya sejak sekian lama, menjadi antara faktor yang menyukarkan proses untuk ‘mencuci bersih’ sepenuhnya fahaman dibawa kumpulan berkenaan.

Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa (ISTAC -IIUM) Dr Ahmad El Muhammady berkata, perkara itu menyebabkan terdapat saki-baki dari aspek fahaman atau ahli kumpulan yang masih wujud sehingga hari ini.

Pakar antikeganasan itu berkata JI, yang disifatkan beliau organisasi pengganas paling sofistikated di rantau ini, mempunyai struktur organisasi yang tersusun dengan pengurusan kewangan, proses merekrut ahli yang sangat canggih dan lebih ke depan berbanding kumpulan pengganas baharu.

"Kalau kita bandingkan dengan kumpulan-kumpulan akhir ini sepert ISIS, Daesh, ia tak boleh sepadan dengan JI, JI kumpulan yang mempunyai disiplin sangat tinggi. Secara organisasinya, kita boleh hapuskan dan menangkap dan sebagainya.

"Tapi amat sukar hapuskan pemikiran mereka, jadi ideologi itu masih lagi wujud, sama ada dalam bentuk penulisan, yang difahami dan dipercayai oleh beberapa bekas ahli kumpulannya," katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini dengan tajuk "Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Bahaya Ideologi Ekstremis" terbitan Bernama TV semalam.

Sementara itu, Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata insiden yang berlaku di Ulu Tiram, Johor semalam ialah bukti ideologi JI masih hidup dalam kalangan masyarakat terutama di kawasan berkenaan.

"Kita boleh memenjarakan seseorang secara fizikal, tapi secara spiritual mentalnya masih lagi bebas dan ia boleh menerima pelbagai ideologi, amat sukar untuk kita hapuskan ideologi ekstrem yang ada pada kelompok dan individu.

"Kita juga harus faham bahawa ideologi esktrem ini tidak lagi dieksport secara besar-besaran, tapi hari ini boleh dieksport secara individu dan sudah ramai menjadi lone-wolf terrorism iaitu mereka yang menjadi ekstrem dan ganas kerana (menerima) indoktrinasi melalui media sosial," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk "Subuh Berdarah di Ulu Tiram" terbitan Bernama TV.

Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddin dalam program sama berkata program pendidikan, pencegahan dan pemantauan di sekolah mengenai isu ekstremis perlu diajar seawal usia kanak-kanak lagi.

"Saya rasa sudah tiba masanya kita tegas dalam isu keganasan, kita tidak boleh lalai, kalau kita lalai kita tidak sedar pemikiran ini akan menular kepada anak-anak muda yang inginkan sesuatu yang ingin mereka perjuangkan, dari segi agama atau kumpulan pengganas," katanya.

Dalam kejadian serangan yang berlaku pada 2.45 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun serta suspek yang berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran