web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 12:57PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Ning Baizura pada Jumaat akhirnya tampil memberi penjelasan setelah dia dikecam hebat oleh warganet yang beranggapan dia tidak sensitif dengan segala yang berlaku di bumi Palestin ketika ini.

Dalam video yang dikongsi di akaun Instagramnya itu, Ning menafikan semua tuduhan yang dilemparkan dan meminta agar warganet menonton semula video penuh sesi Instagram live yang masih ada di akaun Instagramnya itu. 

Jelas pelantun lagu ‘Awan Terpilu’ itu dia bukanlah tidak sensitif atau tidak ambil tahu  tentang All Eyes on Rafah, tetapi persoalan yang dilontarkan olehnya ketika itu adalah respon kepada perbualannya dengan peminat yang ketika itu bercakap tentang nama. 

“Kejadian itu berlaku ketika saya sedang sibuk buat persediaan untuk sesi live Ning Oke iaitu sesi karaoke untuk saya lebih mengenali peminat, dan dalam masa yang saya, saya juga sibuk melayan permintaan peminat yang mahu meminta lagu.

“Jadi, ketika saya membaca komen-komen peminat, saya bertanya kenapa nama mereka susah untuk disebut. Ketika itulah muncul komen, All Eyes On Rafah, dan saya secara spontan memberi respon sebegitu. 

“Saya tidak berniat untuk mempersendakan situasi yang sedang berlaku. Saya tidak tanya apa itu (what’s that), saya kata siapa itu (who’s that)” ujar Ning.

Dalam masa yang sama, Ning juga berterus-terang yang dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa. Dia maklum dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin dan berharap agar netizen tidak mudah percaya atau membuat kesimpulan hanya berpandukan sebuah video yang telah disunting.  

Untuk penjelasan penuh, anda boleh tonton video di bawah ini. - Getaran, 18 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM