web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2024 4:38PM

Dr Zulkifli Hasan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia yang didakwa terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata hal ini termasuk pilihan membawa pulang kesemua jemaah terbabit ke Malaysia.

"Buat masa ini kita sedang lakukan siasatan dan setakat ini juga kita belum dapat sahkan jumlah mereka yang terkandas.

"Namun, kita juga sentiasa berhubung dengan Konsulat Malaysia (di Jeddah) kerana ia merupakan tanggungjawab bersama demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sana," katanya kepada pemberita selepas menghadiri International Waqf Conference 2024 (IWC24) di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 bakal haji Malaysia yang kini di Makkah terkandas apabila agensi umrah yang menguruskan perjalanan mereka, gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini.

Difahamkan, kumpulan bakal haji terbabit terperdaya dengan tawaran pakej haji yang murah selain menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu oleh agensi berkenaan.

Susulan itu, TH meminta jemaah terlibat membuat aduan atau laporan rasmi kepada TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ratusan Kipas Kabus Dipasang Demi Keselesaan Jemaah Haji

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tiba Di Tanah Suci Naik Motosikal Berkuasa Tinggi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad