web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 5:56PM

Semua jemaah berkenaan memasuki Makkah dengan menggunakan visa pelancong - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarahkan untuk menyiasat dengan lebih lanjut insiden melibatkan 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah ketika ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya amat bersimpati dan mengambil maklum kes berkenaan.

Menurut beliau, JPM melalui TH saban tahun sentiasa memberi peringatan agar umat Islam negara ini berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan kepada semua mangsa yang terlibat di sana untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat,” katanya.

Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail
Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Mohd Na’im menyatakan demikian bagi mengulas insiden melibatkan 300 bakal jemaah haji tempatan, yang  terpedaya dengan pakej murah ditawarkan sebuah agensi pelancongan.

Mereka dilaporkan masih belum menerima gelang haji masing-masing, malah diingatkan oleh pihak agensi agar tidak meninggalkan bilik hotel kerana dikhuatiri ditahan pihak berkuasa.

Kesemua jemaah terbabit difahamkan berlepas ke Makkah dengan menggunakan visa pelancong.

Mohd Na’im memberi ingatan, adalah satu kesalahan untuk mana-mana individu atau agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH.

“Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” katanya.

Tegas beliau, TH telah melantik 25 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1445H/2024M dan ini adalah antara langkah awal persediaan haji yang dilakukan TH saban tahun. 

“Umat Islam adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat yang dilantik sebagai PJH oleh pihak TH sahaja,” katanya. - Getaran, 11 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

2 tahun yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad