Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 3:17PM

Tan Sri Abdul Rashid Hussain. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tan Sri Abdul Rashid Hussain, tokoh perniagaan dan pengasas kumpulan perbankan terkemuka RHB, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa hari ini. 

Mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mohktar berkata, Abdul Rashid dilantik bagi menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar.

“Sesungguhnya pengalaman luas sebagai seorang tokoh korporat amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan TH sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia, di samping membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dan terus berjalan,” katanya.

Abdul Rashid, yang kini juga Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa, pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dari 1994 hingga 1998 dan Pengerusi Putrajaya Holdings (1995 hingga 2000).

Beliau turut diangkat sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M atas sumbangan kepada negara dan masyarakat

Abdul Rashid juga adalah antara enam ahli Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, Mohd Na'im berkata, laporan RCI Bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji Dari Tahun 2014 hingga 2020 telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.

Mohd Na’im turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Azman atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik dalam memimpin Lembaga Pengarah TH dan warga TH. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dalam kenyataan berkata, pelantikan Abdul Rashid diharap dapat menjadikan agensi itu sebagai institusi Islam yang dihormati atas pencapaian dan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata, ia seiring dengan mandat penubuhan TH iaitu bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan haji yang juga rukun Islam kelima.

Syed Hamadah turut menyatakan keyakinan bahawa usaha memperkukuh TH akan diteruskan dengan pengalaman dan kepimpinan pengerusi baharu itu.

“TH mengalu-alukan pelantikan ini dan bersyukur kerana menerima tokoh yang dihormati dan berpengalaman khususnya dalam bidang perniagaan dan beliau adalah individu bertanggungjawab mengasaskan Kumpulan RHB, salah sebuah kumpulan perbankan terbesar negara,” katanya.

Pada masa sama, TH turut berterima kasih kepada Tan Sri Azman Mokhtar atas kepimpinan beliau sebagai pengerusi TH sejak 20 Disember 2021.

“Beliau berjaya memastikan kedudukan kewangan TH lebih kukuh dengan mencatat jumlah deposit sehingga 30 November 2023 sebanyak RM88.9 billion, peningkatan hampir tujuh peratus berbanding RM83.3 billion pada 1 Januari 2022,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

2 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Berkala Persiapan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekas Peguam Negara, Idrus Harun Dilantik Pengerusi Amanah Raya

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Umat Islam Dinasihat Pilih Restoran Ada Logo Halal JAKIM

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM