web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Berkala Persiapan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 9:41PM

Mohamad Hasan bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN-MALAYSIA 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan setiap mesyuarat berkala berkaitan persediaan rapi Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 2025 dalam mengangkat imej negara di persada dunia.

Perkara itu dikongsi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sejurus mesyuarat khas peluncuran kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 selama dua jam di bangunan Perdana Putra di sini hari ini yang dipengerusikan oleh Anwar.

"Kita mengadakan mesyuarat peluncuran awal kerana ingin membuat persiapan yang rapi dan teliti untuk menjadi
Pengerusi (ASEAN) nanti.

"Ini bukan kali pertama jadi Pengerusi, kali terakhir ialah pada 10 tahun lepas iaitu pada 2015 tetapi sekarang pada 2025, pelbagai cabaran baharu perlu ditangani dan dipersetujui antara negara-negara ASEAN," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Mohamad berkata sebagai persiapan Malaysia untuk mengambil alih kepengerusian ASEAN, tiga kluster utama diwujudkan iaitu politik, pertahanan dan kewarganegaraan di bawah Kementerian Luar; ekonomi serta perdagangan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri manakala budaya dan sosial di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau berkata kementerian lain akan diletak di bawah pimpinan kluster terbabit dalam merencana dan menjayakan apa jua program atau aktiviti anjuran ASEAN yang dipengerusikan oleh Malaysia termasuk aspek tema, reka bentuk logo, logistik dan penginapan untuk pemimpin negara bagi program itu.

Mohamad berkata pada mesyuarat berkala itu kelak, setiap kluster akan membentangkan status gerak kerja masing-masing untuk dinilai sama ada perancangan mengikut jadual atau sebaliknya.

"Semua kementerian sudah tahu peranan masing-masing dan kementerian telah membentangkan apa mereka ingin lakukan.

"Sebanyak lima hingga enam hala tuju diberikan sebagai panduan. Kita ingin melihat gerak kerja itu dilakukan secara bersama dan tidak secara silo," katanya.

Beliau juga berkata Laos akan menyerahkan baton kepengerusian ASEAN 2025 pada Sidang Kemuncak blok itu yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 - KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar