web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2026 12:46PM

Ganbar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Korban akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda perairan berhampiran pantai Sarangani terus meningkat apabila pihak berkuasa Filipina melaporkan 37 kematian, manakala pasukan kecemasan giat menyalurkan bantuan kepada komuniti terjejas di seluruh selatan Mindanao.

Data terkini yang dikeluarkan oleh Pejabat Pertahanan Awam (OCD) menunjukkan 33 kematian direkodkan di Wilayah 12 (SOCCSKSARGEN) dan empat lagi di Wilayah 11 (Davao), namun pihak berkuasa menegaskan angka tersebut masih tertakluk kepada proses pengesahan.

“Angka ini masih dalam proses pengesahan,” kata Timbalan Jurucakap OCD, Diego Agustin Mariano, kepada wartawan seperti dilaporkan Bernama-PNA.

Pihak berkuasa turut sedang mengesahkan 18 lagi kematian di wilayah Sarangani dan Bandar General Santos, selain tiga kematian di South Cotabato ketika operasi mencari dan menyelamat serta pemulihan masih dijalankan.

Walaupun penilaian menyeluruh terhadap tahap kemusnahan belum selesai, pegawai mengesahkan Bandar General Santos antara kawasan yang mengalami kerosakan paling teruk, apabila gempa bumi melanda pada jam 7.37 pagi Isnin lalu dengan pusat gegaran terletak di bawah Laut Celebes.

Bencana itu turut menjejaskan ratusan keluarga, manakala laporan terdahulu menunjukkan seramai 144 orang cedera dan empat lagi masih hilang.

Keadaan menjadi lebih mencabar apabila gempa utama tersebut mencetuskan siri gempa susulan yang berterusan. 

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan, 1,055 gempa susulan direkodkan setakat jam 7 pagi Selasa, dengan magnitud antara 1.3 hingga 6.7.

Aktiviti seismik yang berterusan itu meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan struktur bangunan serta menjejaskan operasi bantuan di beberapa kawasan terlibat.

Ketika pihak berkuasa tempatan berusaha menentukan tahap sebenar kerosakan, kerajaan nasional telah menggerakkan bantuan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana, khususnya di Sarangani dan wilayah bersebelahan.

Pejabat Pertahanan Awam memaklumkan, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan bagi menyalurkan bantuan kecemasan dan sokongan kemanusiaan kepada mangsa.

Antara langkah segera yang dilaksanakan ialah penghantaran generator serta bekalan bahan api ke hospital, bagi memastikan perkhidmatan perubatan kepada mangsa yang cedera dan penduduk yang dipindahkan dapat diteruskan tanpa gangguan.

Pihak berkuasa turut menggesa penduduk supaya terus berwaspada berikutan gempa susulan yang masih berlaku, selain menjalankan proses penilaian kecemasan di semua kawasan terjejas. - Getaran, 9 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

2

Luar Negara 4 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad