web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 5:18PM

Khairul Azhari Saut - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam kehangatan bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) yang bermula secara rasmi hari ini, muncul pula isu kurang enak melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azahari Saut.

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor itu didakwa menipu kelayakan akademik dimiliki, malah perkara tersebut sudah berlegar di media sosial.

Kelayakan akademik Khairul Azhari yang dikatakan tidak diiktiraf oleh MQA - gambar Facebook
Kelayakan akademik Khairul Azhari yang dikatakan tidak diiktiraf oleh MQA - gambar Facebook

Tambah ‘mencurigakan’, beliau ketika ditemui media selepas penamaan calon pagi tadi enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai isu berkenaan.

Tindakannya menyebabkan ‘kecurigaan’ ramai semakin menjadi-jadi kerana ia seolah membenarkan dakwaan terbabit.

Mengulas isu itu, Pengarah Strategi Keadilan Selangor, Saifuddin Shafi berkata, tindakan memalsukan kelayakan pendidikan adalah satu perkara yang sangat memalukan.

Saifuddin Shafi
Saifuddin Shafi

Tegasnya, ia adalah  satu disaster kepada permulaan kempen untuk memancing undi pengundi PRK KKB.

“Seharusnya mana-mana calon atau parti perlu bersikap jujur dan berterus terang tentang keupayaan dan kelayakan diri sendiri.

“Ini kerana mereka akan dipilih sebagai calon yang mewakili rakyat dan berbahas mengenai dasar kerajaan negeri pada masa akan datang,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Jelas Saifuddin, Khairul Azhari perlu membuktikan kelayakan beliau melalui sijil yang ada atau berterus terang dan memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

“Dalam hal ini, Pengarah Pilihan Raya PN juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap penipuan ini dan minta maaf kepada pengundi KKB. 

“Jangan hina pengundi KKB dan rakyat Selangor dengan menghantar penipu sebagai wakil rakyat ke Dewan Sidang Selangor yang mulia,” katanya.

Dalam poster kempen yang diedar, Khairul Azahari dilihat menyenaraikan Diploma Eksekutif Pengurusan yang diperoleh dari Universiti Malaya pada 2019.

Beliau juga dicatatkan sebagai pemegang Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang yang diperoleh pada 2021.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook di akaun Ir Hj Shamil AbuHassan berkata, program Diploma Eksekutif dan Master Eksekutif tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“la hanya dikeluarkan oleh universiti dan tidak boleh digunakan sebagai syarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sebenar yang diiktiraf oleh MQA,” katanya. - Getaran, 27 April 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kembar Teruja Dapat Mengundi, Tak Sangka Calon PH Juga Ada Pasangan Kembar

4

Politik 2 tahun yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad