web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 6:11PM

Anwar Ibrahim ketika berucap di Konvesyen 25 Tahun PKR di IDCC hari ini - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - MIC berjanji akan memberi kerjasama dan membantu kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan itu diberikan Presiden MIC sendiri, Tan Sri Vigneswaran Sanasee.

Menurut beliau, ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa parti tersebut enggan membantu calon ditampilkan Kerajaan Perpaduan.

“Laporan yang kata tak beri kerjasama itu tak betul. Presiden MIC, Vigneswaran sendiri beritahu beliau akan tolong di Kuala Kubu Bharu.

“Beliau hubungi saya beritahu akan pergi (bantu kempen) esok di Kuala Kubu Bharu,” katanya kepada media selepas program Konvesyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) di sini hari ini. 

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan MIC untuk membantu kempen PRK KKB, susulan keputusan kerajaan untuk tidak meletakkan calon Barisan Nasional (BN).

Selain, MIC, MCA juga menyatakan pendirian senada kerana tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa parti komponen BN membantu calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan untuk turut sama membantu menggerakkan kempen PRK KKB.

Beliau berkata,  BN perlu menghormati sistem yang menyaksikan parti penyandang diberikan keutamaan untuk bertanding.

PRK KKB diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRK berkenaan pada 11 Mei, manakala 27 April ditetapkan sebagai Hari Penamaan Calon dan pengundian awal pula pada 7 Mei. - Getaran, 21 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad