web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlu Ada Garis Panduan Pastikan Pokok Berusia Selamat Kepada Orang Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 9:37PM

Pasukan penyelamat dan orang awam membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang ditimpa sebatang pokok di Jalan Sultan Ismail, petang tadi. - gambar JBPM Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kewujudan pokok berusia antara 50 hingga lebih 80 tahun di sekitar ibu negara memerlukan satu garis panduan khusus memastikan ia tidak mengancam keselamatan pengguna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata ia berikutan kebanyakan pokok di sekitar Kuala Lumpur sudah berusia, justeru mungkin ada keperluan untuk melihat kepada garis panduan kepada pemeliharaannya, bagi mengelakkan kecelakaan berulang di masa depan.

“Saya rasa sudah tiba masanya, dalam keadaan cuaca tidak menentu ini, walaupun kadang-kadang kita lihat pokok itu masih lagi tegap tapi mungkin kita perlu ada satu garis panduan untuk memastikan pokok yang dah tua ini kita lakukan sesuatu untuk memastikan keselamatan pengguna sekitar,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi pokok tua yang tumbang dan menimpa 17 kenderaan di Jalan Sultan Ismail, di sini, petang tadi.

Beliau berkata, pokok yang tumbang dalam hujan lebat di ibu negara petang tadi, adalah antara pokok yang sudah berusia di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kerap menjalankan pemeriksaan terhadap pokok di sekitar kawasan seliaannya termasuk yang sudah berusia puluhan tahun.

“Pemeriksaan pokok memang kita lakukan kerap, misalnya pokok ini dalam kelolaan IMC.

“Mereka berhubung dengan Jabatan Landskap DBKL dan pemantauan dibuat dua tahun sekali dengan arboris (pakar yang mengedalikan tumbuhan berkayu) yang berdaftar dengan DBKL,” katanya.

Selain menimpa kenderaan, pokok berkenaan yang dipercayai berusia 50 tahun turun merosakkan sebuah hentian bas dan menjejaskan laluan monorel berdekatan.

Akibat kejadian, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun maut, manakala dua lagi individu iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Sweden mengalami kecederaan apabila kenderaan dinaiki mangsa ditimpa pokok yang tumbang.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, DBKL akan memperincikan perkara berhubung pemberian pampasan kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian berkenaan.

“DBKL akan mengenal pasti profil mangsa dan sebagainya. Kita akan hulurkan bantuan selain melihat insurans yang mereka ada.

“Kita akan bincangkan perkara ini dan rujuk kembali kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya. – Getaran, 7 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad